Monday, January 14, 2013

Malaysia Hall Launceston

Harini merupakan hari terakhir duduk dirumah ini, selepas dua tahun, akhirnya tamat lah riwayat rumah ini ditangan kami berlima. Saya hanya datang duduk 2 tahun je, Alhamdulillah, banyak boleh dijimatkan, sebab mereka yang lagi empat, telah membeli keperluan rumah, saya datang bawa baju je lah, tak perlu lah nak beli peti ais ke , mesin basuh ke. Dan wajiblah saya kena duduk sampai habis kontrak, untuk menjadi cleaner. Penat badan ni, kereta pon dah bau busuk, bawa masuk sampah, dah macam van sampah dah.

Rumah yang saya duduk ni, masa mula-mula masuk tu, memang selalu lah dijadikan markas penduduk malaysia untuk membuat sebarang jamuan or gathering, tu ramai gelarkan as Malaysia Hall Launceston, rumah ni boleh consider rumah yang besar, dan agak selesa untuk membuat aktiviti. Ada dua tingkat dan lima bilik, 3 bilik air, bila besar, agak susah nak maintain, banyak lah duit habis jugak nak ganti benda-benda rosak dalam rumah ni.

Bila dah 2 tahun duduk sini, mestilah rasa sayang nak tinggalkan, sayu je rasa hati ini, esok kena keluar dalam pukul 10pagi, pastu pergi bagi ejen kunci, dan menumpang lah kerumah orang lain, merempat untuk seminggu, before balik ke Malaysia for good.

Barang pon banyak sangat dah buang,kemas banyak kali pon still banyak lagi barang, nak tak nak terpaksa lah membuang barang itu juga.

Dan Alhamdulillah, hari ini, melangkah ke umur yang baru, 14/1, makin tua, dan IAllah, tahun ini, memulakan kehidupan dan harapanya, dihujung tahun ini, sesuatu yang baik berlaku untuk sebuah kehidupan lain, IAllah, hanya merancang, dan Dia yang menetukannya. Terima Kasih Abg Kerol n famili, Ziq, sara, kuna n qil buat suprise tadi, serius terkejut + malu! hahaha. Banyak lagi diri perlu diperbaiki, paling penting, mengurangkan cakap banyak, azam dah bertahun, tapi still masih cakap banyak. Terima Kasih!


makan ramai-ramai

lepak tengok my kitchen rule dan masterchef oz, pastu try resepi

medan memasak, rindu akan dapur ini nanti

spiral staircase yang selalu terhantuk, kalau duduk 10 tahun, sure saya hilang ingatan

chimney yang jadi peneman buat esaimen time winter

rtempat buat roti canai, dah basuh yer, hehe


malaysia potluck
Kenangan yang mewarnai sebuah kehidupan di dunia 


Kak  ummi: IAllah saya balik Malaysia lagi 2 minggu, bercuti ke Sydney dulu next week before balik Malaysia

3 comments:

umiyumi3 said...

Salam Zul,
lepas ni kena menumpang rumah kawan lah ya. Okla tu, kurang2 dah habis la keje2 mengemas rumah.
Pasni jgn lupa sambung citer cuti2 kat Sydney, dan citer pasal tempat2 best kat Tassie ye..

norhidana said...

simple je umah tu kan, jnji selesa utk study...

kalu kuar dr umah tu nnti zul duduk mana? msti tak sbr nk balik malaysia kan? kt malaysia nnti rest kt umah dulu or keje? banyak soalan lak akka ni kan

umiyumi said...

Lupa nak ucap.. Hepi besday Zul. semoga pjg umur, murah rezeki dan berjaya mencapai apa yg dicita :)