Saturday, January 12, 2013

Caca Marba

Tinggal lagi beberapa hari nak meninggalkan rumah ni, isnin ni kena keluar dah, penat! sangat penat! itu je lah mampu cakap, mengeluh kesah saya, sebab memang penat! ni nak update antara yang berlaku minggu ni:

Kereta:
disebabkan nak jual kereta, repair lah apa patut, tukar break pad, sebab ingat dah haus, tapi bila dah beli $50, tengok-tengok masih  tebal, ingatkan dah haus, sebab berasap haritu dan juga dah berbunyi bising, upah pasang lagi $50, melayang $100

Signal kereta rosak, pastu beli lah mentol, $10, tukar pasang balik, masih rosak, sekali salah lampu, memang lah tak elok, terpaksalah beli balik mentol lain, $3 lagi, so membazir lah mulamula tu.

Cleaner
panggil cleaner untuk bersih carpet, sekali dapat yang murah, $140 je, sebab yang lain quote $300++, bila dah siap, kotor lagi, cuma dry cleaning je, patut murah, dan dia hanya bersihkan yang hitam sahaja, so carpet jadi macam polka dot! Kena panggil lagi cleaner baru, dia charge $340, mahal lah jugak, mula-mula kata $240, time bayar naik $100! nasib lah, malas nak argue, ni pon nak mintak balik duit dekat cleaner 1st tu, tapi macam kesian, yang buat ni nenek dan datuk kan.
peti ais pon letak luar dah

garaj dah jadi living dah

kesan polka dot

Jual beli
barang rumah ni banyak dah nak habis dijual, tapi cukup bengang dengan orang yang nak beli, janji nak datang, tunggu-tunggu still tak datang, menipu je, macam main-main je, siap berjanji bagai, tapi memang syak diorang ni main-main ni.kalau seorang or 2 orang tu ok lagi, ni ramai yang janji tapi tak datang.

Mimpi
mimpi semalam, saya ada lagi satu semester lagi, bangun tidur terus macam cuak, tampar pipi supaya ianya mimpi je, sungguh cuak, rasa tak sanggup nak study lagi!

kamera
semalam yang cleaner tu, dia nampak banyak barang lagi, dia pon mintak lah, nak derma ke jiran dia, amboi! bila nak ambik tu, semua benda dia nampak dia nak, jam kat wall pon dia nak, adoi! padahal bukan nak bagi free pon, semua nak jual,banyak lah juga bagi dia. PAstu kamera saya yang letak dalam bilik pon dia nak, dah lah beli kamera ni rm2500 masa before fly tu, dia nak beli $100 je, siap bagi offer banyak kali, memang serius nak beli, nasib lah tak dengar cakap dia, bagi $100 je, lain lah $500, boleh lah juga. Memang pening layan mamat tu, cakap nak besar je semalam, memang kencang je dia cakap! ntah betul ke tidak.

Air
kecoh pasal isu air dekat malaysia, seperti kata harith iskandar, malaysia ni, hujan lebat dan banjir, tapi pada masa yang sama, ada masalah kekurangan air???? renungkan lah.


Dan akhir sekali, kepada mereka yang nak berhimpun harini, selamat lah berhimpun, berhati-hati, kalau boleh, tak payah nak bawa anak kecik, nanti susah nak lari, sayangi negara ni, jangan buat huru hara, kalau berita keluar dekat TV nanti, lagi-lagi dekat Ausie, diorang akan gambarkan keadaan di Malaysia sangat terul, bukan perhimpunan, tapi riot yang akan diorang gelarkan, so sebelum nak join tu, pikir lah berkali-kali


1 comment:

umiyumi said...

Salam Zul,
jenuh juga nak mengemas satu rumah tu kan. mahal juga still kena upah cleaner. dah tu ada pulak jenis amik kesempatan yg minta brg itu ini. isk isk.. yg nak brg pun tak dtg2 amik..

Isnin ni Zul bertolak dr sana ke?