Thursday, February 28, 2013

Laser

Dalam kita nak menulis dalam sesuatu perkara, atau pun bercakap, mesti lah kita kena menjaga setiap tutur bicara kita. kadang-kadang kita rasa apa kita cakap/tulis tu satu lawak, tapi sedangkan orang lain merasakan ianya satu bentuk penghinaan.

Itu penting muhasabah diri, kita tengok balik apa yang telah kita buat, saya pon selalu terlepas cakap, sebab kadang-kala terlampau excited atau terlampau poyo kan, tu lah, berhati-hatilah.

Saya rasa cerita yang dikongsi di maikorner lebih kurang dengan pengalaman saya. Orang yang nak mengumpat, tapi cakap kuat.

Masa sekolah rendah, adalah saudara kahwin, perempuan dan dia ni agak gemuk, dan suami dia pon agak berisi, saya ni berdiri lah tengok pengantin, berdiri sebelah makcik/jiran mereka ni, dengan selamba makcik-makcik itu bergosip dengan kuat:

makcik A:'Gemuk nya anak si A ni, laki dia pon gemuk'
makcik B:'A, ah lah, gemuk sama gemuk, sesuai lah sangat'
Makcik C:'jangan runtuh pelamin sudah nanti'

saya masih ingat lagi dialog tu, walaupon dah berpuluh tahun rasanya, sunggu style makcik tu bergosip kuat-kuat.

yang ini paling latest berlaku, last 2 weeks, saya ke orang kahwin, duduk lah sebelah seorang ni, tengah makan ni eh, pastu pengantin berarak masuk, lalu ada ustaz baca doa, tika berdoa tu, boleh dia cakap kuat-kuat :

Pakcik A:

Gemuknya pengantin laki, cantik bini dia, macam mana boleh dapat?
untung orang gemuk ni, dapat bini cantik
eh, muka laki tu macam terencat sikit lah

semua dialog ni benar-benar berlaku, belum lagi kalau ke shopping complex, kalau pergi masuk kedai branded, kalau muka tak pan asia, takde lah nak dilayannya, lagi suspek nak curi adalah, haha, just my experience, semua lain-lain kan.

Senang cerita, belajar untuk menyusun kata, tak perlu tunjuk sisi buruk dalam diri walaupun nak jujur, mulut laser dan cakap lepas, bagi saya 2 benda berbeza.

ini dia penduduk kampung, bergotong royong kenduri, komuniti kecik, pergi mana-mana jumpa juga, rindu in saat


No comments: