"Jangan pergi jauh-jauh selagi aku hidup" ayat tu sampai saat ini, saya masih ingat, nenek tak pernah setuju saya nak pergi study ausie, mungkin dia tahu akan semua ini, tapi dia tetap beri duit flight untuk saya, bila 2 tahun dekat sana. Hari-hari saya akan call msia bila mula-mula sampai, sebab risau keadaan nenek, tapi dalam hati ini, saya sentiasa persiapkan diri untuk segala kemungkinan.
Ingat lagi, masa awal pagi 1 April tu, saya dapat tahu nenek meninggal melalui status FB saudara saya, saya sangat terkejut, ikutkan nenek sudah semakin sihaat, tapi tiba-tiba masuk hospital balik dan Allah sayang akanNya.
Jauh berada dengan keluarga, dengan suasana baru buat saya, dengan masih baru kenal rakan-rakan disana, saya rasa sangat kehilangan, hanya Allah sahaja tahu bagaimana saya melalui hari-hari itu, sehinggakan sebelum arwah nenek hendak dikapankan, saya mohon sangat supaya mak saya skype untuk saya tengok wajah nenek buat kali terakhir, tiulah kepuasan dalam hidup saya, dapat tatap wajahnya buat kali terakhir.
Dan Alhamdulillah, saya lulus belajar dan redha dengan setiap yang berlaku, pernah sekali je pergi ke kubur nenek masa balik last summer, samapi hari ini, saya tidak mampu lagi hendak pergi kekuburnya, sebab saya tak mampu tahan perasaan bila disitu.
Saya rajin menulis blog pon, antara sebab utama adalah arwah nenek, dia pendengar terbaik buat saya, setiap apa berlaku, setiap apa pendapat, dia lah yang pertama dan dia lah penasihat terbaik saya, bila dia tiada, saya dah tiada semua itu, dan percayalah, apa yang saya tulis dalam setiap entry saya, adalah apa perkara yang hendak saya ceritakan..
Buat Hajah Hasnah atau Maktok,
biar semua orang tahu,
bagaimana syukurnya cucumu ini,
dengan kurniaan terbaik oleh Allah pada ku,
pinjaman teragong dalam hidup ini,
dan InsyAllah , selagi masih bernafas dalam dunia ini,
akan sentiasa ingat setiap pesan dan kata-kata dari MAktok.
'Solat,Solat dan Solat, jangan pernah tinggal solat'
Terima KAsih Ya Allah.
Alfatihah untukmu,
HAJAH HASNAH BT RASHID
2 comments:
sedih akak baca ntry kamu dik, sebak baca sbb akak pun penah kehilangan sorang nenek, tp untungnyer akak penah jaga masa dia sakit...
banyakkan sedekah al fatihah utk arwah ye, jgn sedih2
innalillahi wainna ilaihi roojiun...
Post a Comment