Tuesday, April 2, 2013

Sambung Belajar

Sejak lepas SPM ni, ada lah beberapa orang tanya, especially junior dekat sekolah  dulu, nak sambung apa, dimana dan bagaimana?dah jadi macam penasihat pelajar pulak.

Dekat rumah ni pon, banyak surat tawaran daripada IPTS untuk adik saya, semua IPTS nama tak pernah dengar, pelik-pelik je nama, tu belum dapat SMS kata dah berjaya masuk IPTA, mana lah diorang dapat alamat dan nombor telepon ni.

Tidak kisah lah result SPM tu ok ke tidak, yang penting bagi saya, sambung lah belajar, ada je yang nak kerja terus, sebab seronok dah kerja part time, yang ini, kalau nasihat, memang tak nak dengar, janji ada duit, dapat tengok wayang or jalan pergi mall.

Ada je cakap, tak perlu sambung study, buat penat, ramai je kaya sekarang, semua setakat SPM, kalau dah ko cakap macam tu, sukahatilah, malas sungguh nak nasihat.

IPTA vs IPTS

jika dapat peluang sambung ipta, jangan segan silu terus terima, tak perlu lah nak masuk ipts, sebab buat bazir duit je, kebanyakkan ipts sekarang ni, hanya sekadar duit je, kalau dah grad, orang pon susah nak terima, sebab kolej pelik-pelik.

Tapi kalau tiada rezeki, masuklah ipts yang under kerjaan macam UNISEL, UNIKL dan lain-lain, secure sikit dri masuk ipta yang tak terkenal, apply konpem dapat, walaupon result spm tu teruk.

kursus

pilih lah kursus yang rasa mampu dibawa dan ada prospek yang luas bila dah tamat belajar. kalau IPTA ni, susah kan nak pilih, ambil je lah apa kursus dapat, janji buat terbaik, semua kursus ada buruk baiknya, dan janagan risau, semua kursus boleh jadi kaya, cuma lama atau cepat lah. Ada junior tanya nak ambil architecture, saya suruh pikir masak-masak,

Banyak lagi aspek kena consider nak masuk IPTA/IPTS, kalau yang dapat scholar tu, memang ada yang tak dapat kursus yang kita nak, cita-cita nak jadi doktor, tapi dapat tajaan engineering, overc lagi, so ambil je lah, dah ada orang nak sponsor, tak perlu memilih melainkan kau confident ada orang lain nak sponsor.

dan last sekali, SPM ni permulaan dalam kita nak tempuh perjalanan sebagai pelajar, tak semstinya dapat 10A+++ masa SPM, kau tak boleh fail masa belajar, dan tak semstinya kau dapat 10C+++ masa SPM, akau tidak boleh cemerlang masa di Uni, pembelajaran adalah berbeza, banyak dah tengok benda macam ni berlaku, lagi-lagi kawan masa sekolah. yang penting, usaha dan usaha, IAllah ada jalanya.


3 comments:

norhidana said...

share yg bagus nih dik, dulu2 masa akak isi borang upu, masa tu takde online lg tau... akak isi ikut panduan yg cikgu ajar, isi sndiri n tanya kwn2 tau...n luckly akak dpt msk UiTM, rezeki agaknyer.... sedangkan ramai lg kwn2 akak yg result lg baik dr akak tp tak dpt msk U...

n skrg ble dh keje rindu saat2 sekolah dulu, n rasa tak sangka bile jmpa kwn2 lama dulu, ada yg dulu result tip top tp jd suri rumah je... alhamdulillah akak ada rezeki utk tambah ilmu n merantau

Zulfadly said...

btol kak, rezki masing2, x semestinya pernah gagal, akan gagal selamanya, yg penting kena usaha, tapi saya sedih tgk orang yg x nak sambung belajar, lagi2 yg x nak abiskan SPM< rasa nak........hahah

Anonymous said...

Saya xdpt masuk universiti....kadang2 saya kecewa...sbb tgk kwn lain dapat masuk...mungkin Allah bg sy rezeki yg sy mampu buat dulu...sy akan terus berdoa