Friday, April 5, 2013

Pulang kepada penciptaNya

Semalam ustaz mengaji ada bercerita, pasal seorang ibu ni, suami pergi bekerja, dan anak lelaki tunggalnya meninggal ketika jagaanya, bila suami pulang, dia tidak bagi tahu pun pasal kematiaan anaknya, sehingga lah suami dia hilang penat baru lah dia bertanya, 'tidak kisah kah kalau ada orang mengambil barang mereka daripada kita, yang telah dipinjamkan, lalu suami pon tidak kisah, lalu dia menceritakan kisah sebenar, dan suaminya redha dengan ketentuannya.

Ingat, yang semua ada pada diri kita, sekeliling kita, hanya lah pinjaman sementara, petang tadi dapat call dari saudara, nenek dah tenat, yang saya melawat semalam, ingatkan dah ok, pergi ke hospital, sampai dalam pukul 7pm, tapi tak sempat nak bersua, dia kembali kepada penciptanya.

Susah nak percaya, semalam baru je bersembang, hari ini sudah tiada, tapi bersyukur, dengan iziNya, saya pergi melawat nenek semalam. Cuma dia tidak sempat nak minum air penawar yang dia mintak semalam, sebab belum dapat lagi, ingat balik semalam, rasa sayu je. Rasanya sudah lama saya tidak nangis dengan penuh perasaan, tadi rasanya saya dah tak mampu, sebab utama, teringat arwah nenek yang meninggal 2 tahun lepas masa saya di australia.

Sesungguhnya, perancangan Allah lebih baik dari apa yang kita rancangkan, perjalanan nenek samapi disitu, moga rohnya akan ditempatkan dikalangan orang beriman, esok akan pergi kebumi pukul 9 pagi, jenazah sekarang dah ada dirumah pakcik di taman medan, baru balik dari sana, esok pergi lagi, kebetulan esok ada 1st interview saya dekat puchong, pukul 10 pagi, terpaksalah cancel, kalau boleh postpone minggu depan lagi baik, tapi takut dia tak percaya, mungkin bukan rezeki saya, tapi akan call dulu esok macam mana.

Mari sedekahkan Alfatihah buat nenek saya, Hajah Zaleha dan anak kepada kakak yang saya anggap macam saudara saya sendiri, di australia, moga kalian ditempatkan dikalangan orang beriman, dan Jannah milikmu.



3 comments:

norhidana miswan said...

salam takziah dik, al fatihah bt arwah nenek juga anak saudara, semoga roh mereka dicucuri rahmat...

mmg semua tu pinjaman semata, cume kite yg kadang susah nk terima hakikat semua tu hanya pinjaman

m.u.l.a.n said...

innalillahi wainna ilaihi roojiun..

Zulfadly said...

kak hidana dan kak mulan: tq