sampai pusat mengundi pukul 9.30, dapat saluran 5, tingkat 2, semua yang berbaris, orang muda lagi, rasanya ramai 1st timer ni. Pukul 11pagi baru dapat mengundi, imagine berapa lama berdiri dekat situ. Lama giler!!!!! Bila nak ngundi tu, menggigil pulak nak pangkah parti mana satu. Lepastu masih tak pasti nak undi siapa, last2, sya undi je siapa yang patut lah kan.
Bila dah habis undi tu, rasa macam satu kepuasan je! baru rasa macam orang malaysia. dan baru valid nak jadi keyboard warrior lepas ni, hahaha.
Mak saya pulak,dah sampai depan pintu nak mengundi, baru perasan yang kad pengenalan yang tengah pegang tu, sebenarnya kad Meriah Mydin!!!! nasib sedar,kalau bagi dekat pegawai spr tu, mesti dia kata "satu undi dapat 1000 point meriah". hahahah. tu belum tetiba blur, tanya bapak saya, nak pangkah ke nak tick je? padahal banyak kali dah mengundi.haha
macam-macam ragam, tempat undi saya aman je, takde lah terpekik terlolong, cuma rasa tak best, bila ada kena tahan sebab dikatakan bangla lah, indon lah. Kalau muka mamak! ko nak kata bangla, memang teruk lah. macam-macam lah.
dan percaya pada Allah, apa jua keputusan ni, ada sebab dan musabab, terima dengan hati terbuka, dan ingat. ada 13 juta yang mengundi, berapa lah sangat yang ada di FB tu jika nak kata parti masing-masing kuat. Atuk saya yang alzheimer tu , bila nak undi, dia still undi parti yang dia percaya. Parti yang berjasa pada dia,yang beri dia kerja sebagai s/u di felda dulu.
Arwah nenek saya, masa 2008, mak saya bawakkan, sebab dia tak nampak, so mak saya tolong pangkah kan, dan ingat lagi ayat nenek "aku tak rela kau pangkah parti lain untuk aku", senang cerita, nenek saya hardcore johorian!!!
Jangan sebab kita rasa kita alim, bermaki-maki diselang seli dengan ayat agama,
Ok, nanti emo pulak, terima keputusan ini, lagi 5 tahun kita menilai kembali, dan kali akan datang, tidak mustahil sebaliknya berlaku.
dan lagi satu, share di FB, sila sahihkan dari sebarkan tanpa asas kukuh
bukti |
3 comments:
akak masa balik kg 1hb aritu rasa hepi sbb duk lepak kt kg sampai 5hari, tak terpikir berdebar ke apa nk mengundi, 4hb abah akak bg skt taklimat kt kami sefamily mcmne nk undi,nk pangkah camne, mana yg salah kan sbb dia dh bertahun brtugas jga undi... masa tu hepi2 je, tp bile abah akak ckp gini... ` selawat banyak2 masa nk ngundi, kite nk tentukan kerajaan bkn main2`... terus akak rasa debar2 seram sejuk time nk ngundi...
selesai sudah...
masa mengundi tu dah macam hari raya pulak.. meriah.. ramai2 pakat balik kampung.. sunyi taman rumah ai masa tu.. ;)
Post a Comment