Sunday, June 16, 2013

Baru Semalam

Rasa macam sungguh pantas berlalu,  semalam pergi ke sekolah lama, sambutan yang ke-10 tahun, dan saya adalah 1st batch, rasa tua giler semalam pergi sekolah, 10 tahun dah berlalu, dari sekolah masa mula-mula dulu dengan kemudahan banyak tiada, sebab sekolah baru, tapi bangunan lama (zaman 70'). Macam2 hal berlaku, tengah belajar ceiling jatuh pulak, nasib tak kena hempap, main tolak2 dengan kawan, pastu terkena dinding, abis jatuh satu wall. Tu belum lagi, tengah tidur dalam dorm, kipas ceiling boleh jatuh ke bawah, nasib lah takde siapa duduk bawah tu, sure biol otak kena. tu semua rasa macam baru je berlalu.

Bila pergi jumpa akak yang duduk tassie dan baru balik malaysia tadi, rasa macam cepat masa berlalu,tak lama lagi dah nak ramadhan, lepas tu raya, dan lepas tu?............

sekejap sangt masa, dah nak puasa, kena cari duit lebih sikit nak raya ni, kena pandai2 lah berjimat apa yang patut, minggu depan nak pergi penang, tujuannya ialah untuk MAKAN dan MAKAN, minggu seterusnya balik kampung, Kota Tinggi, buat tahlil arwah nenek, sebab kebumi dekat KL haritu, orang kampung banyak tak tahu, sebab dah takde siapa duduk dekat kampung.

Selamat hari bapa, saya susah nak wish2 depan bapak saya/mak saya, tapi saya ingat, hheeh dan selamat bekerja esok!! dah rasa nak pi penang je ni, malas nak kejer, hehe

penang trip last year, melantak habis-habisan sebelum balik ausie, seperti setahun tak jumpa makanan



menu kenduri masa dekat tassie last year, kalau time ni, asik buat makan2 je,

2 comments:

m.u.l.a.n said...

woaahhh lazat2 semua.. memang sekarang ni masa sangat cepat berlalu kan..

Shazmie Nadziri said...

salam perkenalan. info yang menarik dan peringatan yang berguna untuk menjalani kehidupan. Resipi menarik btw.

jika tidak keberatan, jemput like page saya:

https://www.facebook.com/MudaBertenagaCeria?fref=ts

dan juga blog:

http://mudabertenaga.blogspot.com