Wednesday, June 26, 2013

Post Mortem: Penang

Harini bengang sikit otak, bila nak email bos report yang dah siap last week, sekali file dah hilang, rupanya ada staff lain tersave file saya! dan maka jadinya, hilang lah, dan kena buat baru balik, admin email report orang lain,dan saya je tak email, memang bos akan syak saya ni lembap! haha. harapnya tak lah.

Post mortem ke penang, pergi hari jumaat, balik ahad.

Nasi Kandar Beratur
samapi2 pukul 2 pagi tu, terus pi sini, senang cerita, tak sedap! tak sedap! kuah cair giler, kari tak sedap, sekian.

Roti Canai Transfer Road
ini memang port paling best kalau pi penang, makan roti canai 2 keping+daging+telur+kuah banjir, baru lah mamak, teh ais dia superb, roti dia memang dr dulu liat, tp kena banjir lah baru tak rasa liat tu, ni puas makan.



Nasi Kandar $%^

tengahari tu kami 6 orang ni, nak cari nasi kandar lain, pergi lah satu kawasan kat penang ni, memang agak famous kat kawasan ni, saya makan free lah, sebab tu pakcik saya, kawan2 saya tu kena bayau lah, hahah.nasi sedap, kalau makan kat rumah lagi sedap.

Petang tu dah penant, balik ke apartment, duduk dekat Krystal Suite Bayan Lepas, dekat dengan Queensbay, RM120 semalam, ada 2 bilik, murah sangat, tidur 2 malam. Malam tu sambung makan

Ikan Bakar menghadap pulau jerejak

kedai kat area tu, ada 2, harga lebih kurang je, amik 2 ekor ikan siakap, sotong tepung, sayur, kerang dan lala, total rm120, bagi saya murah lah tu. Sebab tak amik udang, udang tu yang mahal

Ikan Bawal Perda

Malam sikit, pakcik saya bawak pusing pulau, tapi dia ke seberang lah pulak, makan ikan bawal perda, ikan bawal goreng garing dengan kicap manis,gulai, sambal belacan, simple dan sedap!!! boleh try, ngadap uptown perda tu.

Ipoh Nasi Ganja

Saya rasa paling sedap saya makan,ialah nasi ganja ni, kami pergi masa otw balik KL, ayam memang terangkat, kuah kari memang pekat, puas makan!!

Itu sahaja audit dari saya, puas lah makan, hahah, semalam jerebu teruk, harini dah ok!

5 comments:

ishamizu said...

Salam Pali

Tak sedap eh nasi kandar beratur? Femes je lebih eh hihi tp klu ke Penang macam tak sah plak tak pi try kan? ;D

Nway mkn ikan bakar ngadap pulau jerejak tu mmg best dan murah! Tu tpt ktrg lunch aka dating masa keje kt motorola dulu..hihi

Zulfadly said...

tekak saya tak masuk nasi kandar beratur, tak sedap sgt, heheh, line claer much better

norhidana said...

mana gambar nyer dik oi? sikit je gambar... lenkali sile amik gambar yek sume2 tuh baru best hehehe...

naper bg org lain gune pc awak sampaikan dia tersave file yg awak buat tu dik oi,... ish2

NEKCIK said...

Nekcik selalu makan nasi kandar Yasin..jalan TAR..kl...kalau ada telor sotong lagilah best

Zulfadly said...

kak dana: saya malas nak amik gambar, hp cikai, heheh
nekcik:telor sotong sedapnya, tp mahal lah, huhuh