Thursday, October 31, 2013

Setahun yang lalu

Setahun yang lepas, hari dan waktu yang sama, beza cuma tarikh, saya rasa macam dah tak ada nyawa, bertarung dengan final submission, segala perasaan semua ada, kalau time ni, orang buang lawak, memang kena marah lah, dah takde perasaan nak jaga hati orang masa ni.

Seminggu before submisson, memang tak tidur, hingga lah hari submission, dalam otak, nak grad, nak grad, nak grad, tak de benda lain, bila buat kerja, dah agih masa, tapi kita merancang, saya yakin je mampu siapkan, tapi at the end, semuanya tak seperti dirancang.

bila nak pasang site model,  time tu lah baru perasan ada yang masih belum dipotong, nak guna laser cutter pon dah tak ada masa, at the end, site saya lopong di tengah-tengah, tu belum masalah dengan computer, last2 minit, dia decide nak slow down, maybe seminggu tak tutup, laptop pon macam dah tak betul. Rasa macam ampu buat, tapi bila makin dekat harinya, banyak tak siap, at one level, saya hampir nak cakap, GIVE UP! (give down should be? ), tapi bila ingatkan dah sikit, saya buat apa termampu.

Disinilah Allah datangkan banyak pertolongan, housmate saya ada 4 orang, semua tolong buat board saya, pastu yang dekat malaysia, tolong bagi banyak detail drawing dekat saya, ramai lah yang membantu, bersyukur sesangat. Bila nak print board, masalah pulak, 3 kali print, habis duit salah print $300 untuk 2 hari, kalau nak listkan, macam2 masalah di penghujungnya.

Nasib saya present hari kedua, ada masa nak siapkan model dan presentation, tapi bila nak buat model tu, saya dah x boleh, memang tak siap, tapi ada lah rupa sikit. Still ingat masa presentation, tutor suruh cakap slow, saya terlampau laju cakap masa present, takut panel tak paham, dah lah english slang australia jadian, dah nak macam cakap jawa, hahah. Bila panel komen je, saya redha, apa dia nak komen, silakan, bila habis je, terus rasa macam  kepuasan dan ketenagan melampau, rasa lega sangat.

Semua tu memori, saya percaya pada satu sahaja: Usaha + doa + tawakal, bila benda ni kita pegang, IAllah, segala keputusan akan kita redha. Saya tak pernah nak aim jadi best student, nak score AAA, sebab saya tahu level saya, saya buat terbaik, dan apa saya kejar, lulus dalam semua pelajaran. Itu yang penting, kalau dapat markah lebih skit, kira power lah skit, tapi sedar diri lah, mana kita berdiri, nak compare hasil kerja dengan budak AAA dengan saya, memang berbeza jauh lah, tapi janji, kita percaya diri, Alhamdulillah, belajar overc beri saya satu keyakinan, walau mcm mana teruk kerja kita, lecturer dan rakan sekelas, akan bagi feedback yg sangat membina, ada positive dalam negative, kita takkan rasa down dengar komen mereka, sebab sangat jujur. 

Masa belajar malaysia, lecturer akan komen terlampau personal, dan kaitkan benda tidak sepatutnya, sampai siap berdoa nak failkan student, tu belum yang bias denga student, saya cakap benda benar, sebab saya alaminya. but Alhamdulillah, semua benda tu perjalanan hidup.

today, tak ada benda lain selain saya bangga dengan diri sendiri, (puji diri sendiri), belajar sehingga satu tahap yang saya tak jangka, masa form 1, saya niat, kalau tak masuk U, nak masuk kolej mana-mana, masa tu memang rasa memang bodoh giler kot!, heheh


tak salah bangga diri, asalkan jangan lupa diri. blog tulisan selama 2 tahun, pengalaman belajar disana, walaupun ada persoalkan rasional saya tulis blog zaman sekarang, hahha. Kita takkan mampu puaskan hati sesiapa, puaskan diri sendiri.

Untuk sahabat launnie! Kuna, akim n apiz, good luck wei!!! melayu boleh!hahah, IALlah semuanya dipermudah.

sumber makanan selama final

final moment

rumah sepah disebabkan saya seorang



rindu bilik ini, 

lepas submisson semua enjoy



asian we are!

Tuesday, October 15, 2013

Raya

Selamat menyambut Hari Raya Haji/Aidiladha dan selamat menjalani ibadah qurban esoknya, tahun ni parent saya masuk qurban, so beraya di Shah Alam, pastu baru balik kampung di Setapak!

Lembu2 pun tadi gemuk-gemuk, esok harapnya berjalan lancar, 4 tahun lepas, ada kes lembu terlepas, ni sebab bila main lepaskan nak bagi makan rumput, dia ingat dekat kampung, last2 bapak saya kena call bomba, sebab itu lembu meraya satu shah alam, cuma tak sempat nak masuk uitm je, pastu tahun seterusnya, pergi letak lembu dekat tepi bukit, pastu ikat dia dekat pokok, dah pesan jangan letak situ, sekali jatuh terjerut, awal dikorbankan lah jadinya, lawak pun ada, lagi-lagi lembu pusing shah alam.


Antara gambar lama masa raya haji di launnie, rindu giler!!!!










ni masa 1st time raya haji, buat sehari selepas jamuan, sebab rasanya masa tu semua busy, bbq dibawah jambatan batman, hehe

Friday, October 11, 2013

interview

Interview pukul 9, pukul 7 dah keluar rumah, putrajaya tu jem teruk dekat entrance masuk kompleks kerajaan tu, tapi kalau kompleks C, tak jam pon, ada parking sebelum main entrance, masa saya datang, banyak kosong, bila balik, full!!!! Putrajaya memang terkenal dengan parking tak cukup,.

Ok, saya banyak google tips dan baca pengalaman orang lain dekat blog, saya buat lah research malam semalam, baca lah dasar semua PM, lepastu baca pasal isu semasa lah, hafal lah nama pak menteri, tapi sayangnya............satu pon tak kena tanya! hahaha

saya no. 4 untuk panel saya, masa saya samapi adalah dalam 10 orang, 4 lelaki, lain semua perempuan. Panel ada 2 orang, so bila masuk kena lah ketuk, beri salam, bila dia suruh duduk, duduk lah kan, gigih beli baju baru, kot baru , kasut baru, sebab semua tu tak ada, siap pakai kot, orang lain pakai kemeja biasa je, giler nak smart sangat. haha

terus duduk je, bincang pasal architecture, citer pasal senibina dekat malaysia, dan dscuss benda tu, tanya pasal ausie punya architecture dan malaysia, seronok lah jugak, tak da lah stress, tapi bila dah keluar dari bilik tu je, tetiba rasa, jawapan yang saya bagi, banyak jawapan bodoh, hahah, bila ingat balik, macam merapu/meraban je apa yg cakap tadi. banyak sungguh bullshit . interview tu ambil masa dekat 30 minit lah jugak, lepastu terus habis.

dalam blog, banyak lah bagi tips, yang dia akan suruh describe about diri sendiri, so saya hafal lah skrip kan, last2 tak tanya pun. terus berdiskusi pasal architecture.

peluang nak dapat tu, macam susah, but if ada rezeki, ada lah, nak tau kenapa susah? sebab panggil interview satu malaysia beribu-ribu, tapi nak pakai, 2 orang je? macam mana tu?


IAllah ada rezki, kerja lah gomen, kalau takda, ada rezki ditempat lain.


saya sentiasa pegang 3 benda ni : USAHA + DOA + TAWAKAL. IAllah semuanya ok

Wednesday, October 9, 2013

Rumah untuk dijual


Salam,

Ada rumah untuk dijual,
Alamat: Taman Koperasi Polis Fasa 2
Size: 800/sqf
Rumah teres 2 tingkat
Harga : RM290 (Nego)

Ni rumah arwah atuk, dah nak jual, kalau ada berminat, msg saya, 0176689507 untuk detail. IAllah harga boleh dirunding.

Terima Kasih

tolong sebar-sebarkan, sekian

Thursday, October 3, 2013

#throwback NZ

mula kerja baru harini, dan semunay muda dari saya, umur semua 20-22 tahun, tetiba panggil saya abang, hahha, dah tua rasanya ni.

So nak flashback/throwback masa pergi NZ, lepas je final presentation, terus g NZ, dalam hati berdebau tunggu result, NZ ni IAllah one day nak pergi lagi, salah satu tempat nak pergi sejak kecik, akhirnya bila pergi, rasa macam mimpi, lagi-lagi dapat main water rafting dam bungee jump.

jom kira berapa ekor kambing ni,

tenang je hidup kambing, hari2 makan ulam

jalan nak ke rotorua, pass by jalan ni, memang redup

gadis maori, badan besar, tapi sangat cantik muka diorang semua

rasa macam nak tinggal dekat sini



auckland city

teringat iklan fernleaf

Wednesday, October 2, 2013

Nilai 20 Sen

Isnin dan selasa, masih cuti, esok baru bermula dengan firm baru, harini rasa serabut sikit. Saya tender resign sehingga 30.09.13, tapi bos kata, suruh saya last jumaat lepas, saya ok lah, sebab dia memang tak nak tengok muka saya. So patutnya semalam dapat gaji, tapi harini baru lah nak bayar gaji.

Bila saya cek gaji saya, kena potong 3 hari , sabtu, ahad dan isnin semalam. patutlah suruh berhenti awal, nak jimat duit, nak bayar sikit, by law saya tender sehingga 30, so gaji should be samapi 30 lah. Dah lah tak bayar socso saya, alasan yang diberikan, sebab saya tak confirm, bila saya kata nak report PERKESO, baru lah dia kata nak bayar, kena cek lagi next week.

Boleh pulak dia cakap dekat staff lain, saya ni macam tak kenang budi, dia bawak pergi meeting tujuan nak ajar saya lah, tapi saya berhenti jugak, dan paling saya tak boleh terima, " zul choose to resign because of 20sen". hahahah

sentap kejap bila dengar macam tu, memang saya berhenti, antara reason dia, sebab mileage 20sen/km, mana lah cukup nak cover! serius duit minyak memang tak cukup, saya bukan buat kerja amal, firm ni terlampau berkira, siap cakap, current mileage should be 15sen/km, tapi dia baik hati naikkan jadi 20sen, ini lah manusia, bila nak bayar orang lain, kedekut.

Jika setiap tahun pergi umrah, tapi perangai laki bini nak tindas orang lain, dan rasa diri dah ahli syurga, memang berterusan lah macam ni, kesabaram saya ada limitnya, saya berhenti inform awal (bukan notis 24jam) sebab respect dia, tapi sebaliknya berlaku.

Jangan cakap pasal agama, kalau diri sendiri tak jaga hubungan sesama manusia, saya penat dengar ceramah bos pasal agama, tapi diri sendiri tak apply kan.

Emo jap! ambil sebgi pengajaran, walaupun saya tulis dekat sini, memang tak profesional, tapi sebagai penceritaan pengalaman saya, berhati-hatilah. Jangan tindas orang lain, tak kan kita selamnya di atas tu. Kalau jatuh, terduduk.