Dekat je rest house ni dengan apartment yang full tu, memang dalam kawasan kampung, baru siap dibina, ada 4 unit, kami ambil satu unit je, ada 2 bilik, dan boleh parking depan rumah, heheh.
Malam tu, pergi makan di Jeram tu, pergi ke medan ikan bakar, servis super slow, sejam lebih baru sampai air dan makanan, dan masa kami sampai, orang pon tak ramai, sama ada dia terlupa, atau .........., bila tanya baru lah nak buat, memang slow, makanan semua sedap, dan harga berbaloi, kalau siapa nak pergi, duduk lah tempat berbumbung, sebab musim hujan.
Rest house yang kami duduk, Wasalfa Rest House Sungai Sembilan, boleh contact kak Effa : 0123550098
tenang suasana kampung |
pantai remis |
Pagi esoknya, kami cari breakfirst seperti kak yan tulis dalam blog, dalam 15 minit dari rest house kami, tapi sampai lewat sikit, roti canai dah abis, nasib ada nasi lemak, sedap sangat nasi lemak dia, teringat nasi lemak masa duduk kampung semarak dulu.
nasi lemak sedap sangat!!!! |
Dah makan, pergi pasar dekat kuala selangor, memang fresh semua, harga agak murah juga, banyak juga diborong disitu untuk dibawa balik.
OTW balik ke rest house, singgah makan cendol bakar, saya dah tau lama cendol ni biasa je, bakar tu nama owner, nak kata sedap, biasa je, tiada yang sedap pon, ok2 jer. Sedap lagi cendol karim seksyen 9 , hehe.
Petang before balik, singgah pantai remis, beli segala kerang yang ada, murah-murah, tapi lagi murah di pasar kuala selangor tu. dan begitu lah, habis percutian singkat dan sangat best! seminggu makan seafood. hehe. Hanya 45minit dari Shah Alam.
* terima kasih pada semua komen, saya baca, tp x sempat nak reply, yang tanya perfume, boleh cek FB sebelah blog ni, tq (blog ada masalah denagn navigation, if ada sesiapa tahu nak buang, inform saya)
2 comments:
asalam Zul..tak sia sia lah kami memblog..ada jugak yang tergoda!!
Nampak menarik juga Wasalfa tu...canatik baru lagi...
oh correction sikit..sungai sembilang tu...kalau cari sungai sembilan nnti tak jumpa..he..he
Terima kasih kerana menginap di Wasalfa. Kami baru sahaja launching masa Raya Haji hari tu. Dalam planning akan tambah facilities lagi. Bajet belum cukup. Tolong warwar kan pada yang lain. =)
Post a Comment