Dapat tahu tempat ni dari FB page Shah Alam, tengok harga macam berpatutan ,so pergi lah, dekat sangat dengan opis, kawasan area baru, memang tak banyak kedai buka lagi,
kedai ni rasanya baru buka dalam sebulan, dessert dia ada yang dibuat oleh dr fadzley, tapi saya try benda lain, aim memang nak makan churros ni, lama tak makan, harga not bad, RM4,90 sahaja, yang murah dekat sini, air,dalam rm2.00 je, so memang berbaloi nak lepak, order teh tarik, tapi instant punya, rasa pon dah tau.
Selain tu, makan nasi bumbu kot, sedap gak, kalau pedas lagi sedap. overall, not bad, maybe boleh pergi lepas balik kerja hari-hari, sementara menunggu jam reda.
dan lupa pulak, semua makanan dan minumam, dihidangkan dalam kotak/berbungkus, macam pelik skit makan dalam kotak, but not bad lah kan, ada lah style baru, ada few cafe style macam ni gak, dah jadi trend kot
ni FB restaurant ni, dekat tesco shah alam, dekat bangunan zakat shah alam, senang cerita, dekat alami, seksyen 13, shah alam.
1 comment:
boleh la suruh laki akak cube nnti, skrg nih dia jaga site kt shah alam tp akak lupe seksyen bape.... churros tu cicah ngn coklat ke apa dik? mcm sedap je
Post a Comment