Saturday, June 28, 2014

Ramadhan with Difference

InsyAllah malam ini, kita akan melangkah ke bulan Ramadhan. Sekadar perkongsian. Mufti ISmail Mink akan menyampaikan ceramah beliau selepas terawikh sepanjag Ramadhan ini, jom bersama-sama mendengar perkongsian cerita sahabat Rasulullah SAW  di sepanjang Ramadhan.

Majlis di Masjid Besi Putrajaya, iftar dan moreh disediakan oleh pihak masjid

Selamat berpuasa semua.







Wednesday, June 25, 2014

jalan yang bercabang

Bila duduk antara dua
membuat pilihan yang tepat
sama ada pilihan yang ingin sekali, tapi belum pasti mana hujungnya,
atau memilih yang pasti dalam landasanya

tapi itu yang didoa
itu yang diminta
itu adalah rezeki saya
percaya pada rezki
menyedapkan hati
percaya pada rezki ilahi
percaya pada aturanya

IAllah, segala akan berjalan dengan baik

amin, agar penghujungnya baik-baik sahaja


Monday, June 16, 2014

Alzheimer

antara salah satu doa, agak mereka yang rapat dengan saya, dijauhi dari gejala ini, atok saya mengalami masalah alzheimer sudah agak lama, mula-mula selalu bertanya soalan, lepas tu, bila keluar tak tau jalan balik, sudah beberapa kali hilang, sekarang dah lebih 10 tahun, keadaan makin teruk.

saya pernah terbaca, alzheimer ni tak boleh sembuh, hanya boleh dilambatkan sahaja tahap keseriusan. tetiba cakap pasal alzheimer ni, atau orang kita panggil nyanyok, tapi saya rasa penyakit ni lagi worst dari nyanyok.

sekarang atok duduk sekali dengan kami buat sementara waktu, maid yang jaga bertahun2 dah balik cuti, dan maybe balik terus, sebab dah x larat jaga atok.

sekarang penyakit atok saya ni, di level yang agak kronik, buang air besar dan kecik dah tak ingat, selalu asik lupa sahaja, merata-rata akan buang air. selalunya level ni, dah macam klimaks lah, sebab dah lupa apa kita buat. tu belum bab makan, selalu lupa dah makan, dan selalu lapar, pada hakikatnya, baru sahaja lepas makan.

atok saya dia tak ingat apa dia tanya, akan tanya soalan berpuluh kali, dan soalan yang sama, dia hanya ingat benda yang berlaku pada zaman dulu sahaja. keadaan kesiahtan semuanya ok, tiada masalah, dia masih boleh cakap tamil & english dengan baik, sebab dia memang tak suka cakap malay dengan cucu-cucu dia, masa kecik2 selalu ayah kena sound, kena anak2 tak nak cakap english. until now, dia keep cakap benda sama.

punca pemyakit ni dapat saya tak sure macam mana, tapi semuanya kehendak Allah, mungkin ini jalan atok saya, IAllah, ada hikmah diakhirnya.

tujuan saya bercerita, sebab saya tengok atok saya, saya sedih, macam mana hidup dia hari2, memang sentiasa tidur dan berada dalam dunia dia sendiri, cuba bayangkan kalau benda ni jadi pada orang yg rapat dengan kita, minta dijauhkan.

amalkan green tea untuk otak, antara salah satu ikthiar, penyakit ni bukan keturuana. dan paling penting, DOA, hanya Allah penentu segalanya. sekian.

Tuesday, June 10, 2014

kembali berniaga

Disebabkan hendak masuk kerja baru lama lagi, tapi masih mengharap ianya secepat mungkin, saya on balik berniaga perfume, sesiapa yg nak beli, boleh lah like page saya sebelah ni, mari beli perfume

Monday, June 9, 2014

Selamat

Alhamdulillah, selamat pulang khamis yg lepas, dipermudah olehNya, satu perjalana yang terindah dalam kehidupan saya, bukan satu percutian, tapi sebuah perjalanan mentafsir dan memperbaiki diri.

terima kasih yang medoakan saya, dan saya doakan semua yang membaca ini akan sampai menjadi tetamu Allah kelak.





* yang nak tau pasal tassie, boleh email saya dekat mdzulfadly@y7mail.com. tq