Monday, June 16, 2014

Alzheimer

antara salah satu doa, agak mereka yang rapat dengan saya, dijauhi dari gejala ini, atok saya mengalami masalah alzheimer sudah agak lama, mula-mula selalu bertanya soalan, lepas tu, bila keluar tak tau jalan balik, sudah beberapa kali hilang, sekarang dah lebih 10 tahun, keadaan makin teruk.

saya pernah terbaca, alzheimer ni tak boleh sembuh, hanya boleh dilambatkan sahaja tahap keseriusan. tetiba cakap pasal alzheimer ni, atau orang kita panggil nyanyok, tapi saya rasa penyakit ni lagi worst dari nyanyok.

sekarang atok duduk sekali dengan kami buat sementara waktu, maid yang jaga bertahun2 dah balik cuti, dan maybe balik terus, sebab dah x larat jaga atok.

sekarang penyakit atok saya ni, di level yang agak kronik, buang air besar dan kecik dah tak ingat, selalu asik lupa sahaja, merata-rata akan buang air. selalunya level ni, dah macam klimaks lah, sebab dah lupa apa kita buat. tu belum bab makan, selalu lupa dah makan, dan selalu lapar, pada hakikatnya, baru sahaja lepas makan.

atok saya dia tak ingat apa dia tanya, akan tanya soalan berpuluh kali, dan soalan yang sama, dia hanya ingat benda yang berlaku pada zaman dulu sahaja. keadaan kesiahtan semuanya ok, tiada masalah, dia masih boleh cakap tamil & english dengan baik, sebab dia memang tak suka cakap malay dengan cucu-cucu dia, masa kecik2 selalu ayah kena sound, kena anak2 tak nak cakap english. until now, dia keep cakap benda sama.

punca pemyakit ni dapat saya tak sure macam mana, tapi semuanya kehendak Allah, mungkin ini jalan atok saya, IAllah, ada hikmah diakhirnya.

tujuan saya bercerita, sebab saya tengok atok saya, saya sedih, macam mana hidup dia hari2, memang sentiasa tidur dan berada dalam dunia dia sendiri, cuba bayangkan kalau benda ni jadi pada orang yg rapat dengan kita, minta dijauhkan.

amalkan green tea untuk otak, antara salah satu ikthiar, penyakit ni bukan keturuana. dan paling penting, DOA, hanya Allah penentu segalanya. sekian.

3 comments:

NEKCIK said...

Yelah Zul..memang sedih andai ada ahli keluarga yang kena penyakit nyanyok ni..biasalah orang tua tua...ada masa pelupa ..tapi kalau sehingga tak boleh uruskan diri memang sedih,,,cubalah Zul bawak jumpa ustaz ustaz..mintak penawar...sebagai ikhtiar untuk membaiki ingatannya...selainnya mohon pertolongan Allah..juga sebagai ingatan untuk kita jugak

norhidana said...

aah lah kan zul, sebelum nih selalu tgk kt drama2 je psl alzheimer nih.... mmg takde ubat kan, takpelah kite redho jelah utk jaga dia kan... ini hari dia, ujian dr Allah pada kite...

Donna said...

Setiap penyakit ade ubatnye kecuali mati. Cuba dapatkan prescription dari doctor. Kalau tak silap mencegah lebih baik dari merawat. Contoh; saya mula belikan mak sy ginko, walhal dia tidak hidap alzheimer. Nootropil mungkin juga boleh membantu. Wallahualam..