Saturday, October 4, 2014

Lambaian Kaabah

Selamat Hari Raya Adil Adha pada semua umat islam pada esok hari. Sempena raya haji ni, saya nak share skit pengalaman saya menunaikan umrah masa bulan June yang lepas. Terlebih dahulu, apa saya nak share ini, sebagai satu perkongsia sahaja, tiada niat selain itu, sama ada nak show off etc. kalau penulisan ini baik, amil lah pedoman, jika penulisan ini ada terselit ego/riak, tegur lah, setipa manusia melalui proses pembelajaran.

Saya pergi umrah ambil dengan agen di shah alam, parent saya guna agen ni masa pergi haji pada 2011. Mula2 saya mabil pakej bajet, tapi at the end, a day before fly, pakej saya jadi pakej normal, masa tu saya agak down, bajet lari, last2 minit agen inform harga naik. Tp satu hikmahnya, saya punya visa lulus, kebetulan masa tu, ada virus unta, memang banyak yang tak dapat pergi, masa grup saya tu. patutnya ada 38 orang, hanya 30 sahaja yang lulus.

Perjalanan pergi balik naik airasia, alhamdulillah, kelesaan itu ada, makan diberi cukup, sekarang saya tahun naper orang menangis bila ke haji/umrah, sebab rasa dia berbeza. saya pergi umrah seorang diri, tiada ahli keluarga lai pergi, semata2 ikut rombonan sahaja. ramai tanya naper pergi seorang? saya pon tiada jawapan selain memang rezki untuk pergi dulu.

walaupun seorang, saya dapat ramai ahli keluarga baru, semua orang ganung, dah rapat macam kenal lama. saya tiada rasa keseorangan pon, bila jeja kaki ke kota madinah, hanya Allah tahu apa rasanya.

perkara yang saya impikan sekian lama, hendak jejak kaki ke madinah dan mekah, masa tu terrus teringat sejarah nabi masa belajar. rasa sangat bersyukur. Bila ke Mekah pula, pertama kali tengok kaabah depan mata, sembahyang di depan kaabah. satu pengalaman yang tidak dpt diunggkap dengan kata2.

Speanjang berada disana, hati rasa tenang, tiada langsung rasa timbul keraguaan, kerisauan malahan, Allah permudah setiap urusan hambanya. saya rindu, jika mampu lagi, saya memang nak sgt pergi, mungkin lain kali, bersama pasangan sendiri dan mampu membawa mak bapak,

dalam banyak-banyak saya travel, ini adalah yang terbaik dan tiada tandingan, moga kita semua berkesempatan lagi ke sana. Amin

Gambar yang masih ada lagi, semua gambar hilang sebab phone saya kena curi, sampai sekarang saya down sebab gambar xde backup.






2 comments:

ishamizu said...

Bestnya. Lucky you Pali. Please pray for me and my family's turn to be HIS guest one day yea, amin!

NEKCIK said...

alhamdulilah banyakkan bersyukur kerana dipilih mnjadi tetamuNya dalam usia yg begitu muda...ramai yg ada duit.....ramai yg suka travel...tapi destinasinya tidak ke sini....dan hanya yang pernah ke sini sahaja akan tahu perasaan itu...dan sentiasa merindui 2 tempat ini....semuga Allah sudi menjemput kita ke sini lagi dan lagi...insyaallah