Minggu ni masih bercuti, menghabiskan sisa cuti yang ada. IAllah saya di tempat baru minggu hadapan.
Alhamdulillah, selama hampir 1.5 tahun, saya bekerja sebagi pakcik gomen, bila masuk gomen, ramai kata kejer tak banyak, tapi hakikatnya, selalu kena stay up, nak siapkan macam2.
Saya sendiri tak ada masa nak lepak pergi minum kopi pagi2, makan goreng pisang petang2, semua tu tak wujud. Tempat saya kerja memang busy je.
Alhamdulillah, banyak saya belajar, mengenal setiap orang, belajar dari semua peringkat dan paling penting, tau diri kita di mana.
Saya suka kerja sekarang, tapi apakan nasib, saya hanya lah pekerja kontrak, sepatutnya tamat next year, tapi bila masalah kewangan negara, kontrak sampai hujung tahun, tu mencari kerja lain, bila dah dapat, baru dapat maklumat kontrak dilanjut lagi untuk tempoh setahun.
Tapi, semua benda ada hikmah, saya tak tau lagi jalan saya di hadapan. Banyak kena fikir.
IALlah, hujung bulan ni, bertukar status, moga saya mampu memikul tugas tersebut dan semoga Allah permudah segalanya.
Ya!! saya rindu tassie, tak kisah lah apa orang nak cakap poyo ke apa. Bila disesuatu tempat, kita rasa kita selesa, pasti memori itu akan ada.
Sekian. Selamat menunaikan Umrah buat kak zu/mamatiamia, moga Allah permudah urusan di sana. IAllah saya pon nak pergi lagi next year, kali ni bawa bini, sekarang nak kumpul duit. Salam.
Lama tak makan2- Memori dekat lonnie