Thursday, March 29, 2018

Aturan Allah (Part 1)


Sekadar Perkongsian ........


Dalam sesebuah perkahwinan itu, pasti setiap pasangan inginkan anak untuk melengkapkan sebuah keluarga.

Begitu juga kami, berkahwin pada penghujung 2015, setiap bulan kami menanti dengan penuh sabar, bila ‘bendera merah’ je keluar, memang akan sedih dan rasa ‘down’ sangat. Ramai bertanya tentang zuriat, antara ayat yang saya ingat seperti:


“dah ada isi ke?

“Nampak berisi tu, dah pregnant ke? (padahal buncit)”

“Cepat2 buat anak, nanti dah tua susah wei”

“ko tak reti main ni, salah skill”

“kenapa tak mengandung lagi? Ddah berapa tahun”


pada mulanya kami tidak kisah, tapi bila terlampau kerap, memang akan terasa hati. Tapi saya selalu cakap dekat wife saya, yang orang lain lagi lama menunggu, kita belum sampai dua tahun lagi, InsyAllah rezki akan datang juga. Mungkin lelaki tidak terasa sangat, tapi kalau wanita, memang mudah tersentuh.


Kami juga berusaha dengan pelbagai petua dan amalan untuk mendapatkan anak, Antara usaha kami buat ialah meminum air rebusan buah zuriat, nak dapatkan biji buah tu je dekat sejam nak ketuk. Air memang tak sedap, bau memang tak best, tapi salah satu ikhtiar, kami usahakan. Wife juga amalkan memakan asid folik dan jaga pemakanann (avoid benda masam) serta meminum air susu kambing. Semua itu antara usaha pemakanan yang kami lakukakan.


Bila dah hampir dua tahun perkahwinan, kami decide nak buat medical checkup untuk kami berdua, tapi sebelum nak buat tu, kami nak ikhtiar yang utama dulu, iaitu pergi mengerjakan umrah, umrah ni memang kami nak pergi since kahwin, Alhamdulillah Allah makbulkan impian kami. Kami pergi kesana pada bulan May 2017.
 Perjalanan Umrah kami di sana amatlah meninggalkan kesan di dalam hati, ujian tersangat besar Allah hadirkan disana, kita merancang sebaiknya, tapi perancanganNya mengatasi segalanya.





Tapi kami bersyukur, pada penghujung umrah, saya dapat bersama2 isteri menyempurnakan ibadah Umrah kami dengan sempurna. Itu adalah seindah-indah perkara yang pernah hadir dalam hidup saya. Semasa mengerjakan umrah, memang kami tak putus2 memohon kepadaNya untuk menghadirkan zuriat. Tiap saat amatlah bermakna untuk kami. Alhamdulillah, bila di sana, ramai yang medoakan kami untuk dapat zuriat dengan segera. Ada juga membeli buah zuriat dan herba di sana sebagai ikhtiar hamil.

InsyaAllah akan berssambung............

3 comments:

Kakcik Seroja said...

Allah tahu apa yang terbaik buat kita, namun manusia selalu cuba untuk menjadi hakim tanpa tauliah...

norhidana said...

biasalah tu dik, klu diikut sgt cakap2 org kita yg mkn hati... biarlah kita redho n berserah je... alhamdulillah, Allah kurniakan jgk kan...

mcm akak ni, aiyan dh 7 tahun tp takde rezeki lg nk bg dia adik, lps keguguran tahun 2016 mmg lum ada rezeki lg.... biasalah ada je mlt bertanya bila nk bg aiyan adik lg dh beso dh dia, akak cuma jwb tkade rezeki lg... sedangkan org mana tahu ssh penat kita segala ikhtiar kita nk dptkan anak tu kn

Zulfadly said...

kakcik: betul tu, Allah sebaik2 perancangan. ada yang terbaik untuk kita
kak dana: kejap kan aiyan dah 7 tahun, iallah ada rezki, orang bertanya banyak kali tu yang rimas, boleh jadi stress.