Monday, December 24, 2018

Singapore (3)

Post sebelum ini: Iallah, next time boleh singgah di tempat makan yang dicadangkan, banyak tak sempat.

Assalamualaikum,

In general, trip singapore ni memang penat, sebab apa? sebab banyak berjalan, hahaha. Nasib lah sistem pengangkutan efisen, so nak pergi ke sesuatu tempat senang, cuma jalan je lah jauh. Lagi2 kalau bawa stoller, kena pusing cari lift, selalunya kat hujung bangunan.

Marina Bay & Flower Dome,

Hari kedua adalah paling dasyat penat, jalan kaki nak ke Flower Dome tu amatlah jauh. Ingatkan dome tu dekat je dengan entrance booth, but actually, sangat2 jauh. Bila sampai dalam dome tu, memang tak larat, so pusing2 dan balik.

Esplanade

Sini memang tempat wajib lah, ramai manusia, cuma nak balik tu sesat cari esplanade MRT, jauh sangat jalan.

So some tips here, harap2 membantu:

#sila naik shuttle bus from Flower Dome entrance, 3$ return, masa pergi tak tahu lah jauh nak berjalan

# beli tiket flower dome online murah, saya beli di KLOOK, beza banyak

# Simkad pon saya beli di KLOOK, RM30 boleh guna seminggu, unlimited data. Sangat berbaloi, lagi2 yang depend on data nak cari location

# Kami ambil EZLink card, lagi jimat dari guna tourist pass tu, itu pon kalau dah rancang awal2 mana nak pergi

# kami guna escalator nak ke Sentosa Island, kalau train #4 return, tapi bila keluar dari island, free je naik monorail tu. So kalau malas jalan jauh, sila naik train, jauhhhh

Itu je lah yang ingat, lain lupa dah

Ini je lah gambar di ambil dalam DOme tu 

Dari atas



Nak ke Sentosa Island dari Vivi city 
Semua makanan Malaysia, harga mahal, minum je disini, sebab simpan perut nak makan Murtabak
Merlion

Zam Zam Ala Kazam

Masjid Sultan, Sangat bersih

Sekian. 

Thursday, December 20, 2018

Singapore (3)

Terima kasih yang meninggalkan komen, masa pi singapore, cari juga sup merah tu, tapi tak sempat. Bila nak pergi je tempat nak makan, rasa tak larat atau masa tu anak meragam. So repeat lah kedai yang sama.

Kalau travel ni, benda paling best adalah makan, biar spend lebih dekat makanan dari benda lain. Nasib duduk area masjid sultan, beberapa kali makan di Zam Zam, kalau Zam Zam mestilah murtabak dan nasi beriani. Area masjid memang banyak kedai halal, memang senang cari.

Basically SG ni tak de lah susah nak cari halal food, bersepah je. Cuma kali ni x sempat nak try roti pratha, walaupon sebijik macam roti canai, tapi feel nya lain. Mengimbau memori masa ada program di NUS dulu, duduk NUS 2 weeks ++, memang malam2 naik bus pergi cari roti pratha dengan budak2 SG.

Tempat favourite, Zam Zam

Nasi Beriani Zam Zam. $6 kot

Murtabak Singapore $5 ni yang kecik

Ni makan dekat foodcourt Vivo City, $6, masakan padang, sedap

Penat jalan2 di Sentosa, stop kejap makan aiskrim

Bawa bekal makan di airpot. Sedapppppp
Masa last day, kena sakit perut, maybe sebab makan nasi padang, rasanya lauk tu dari pagi, bila beli tu nampak macam ok, Bila makan pon ok, ntah lah. Sebab tu je makan malam tu, esoknya sakit amat perut.

Kami tak pergi makan di Sentosa Island/USS tu, masa pergi foodcourt di USS (kawasan luar), tengok harga makanan pon mahal. Menu pon standard, tak ada yang best, tu pergi makan di Vivocity tu.

Sekian.

Wednesday, December 19, 2018

Singapore (2)



Sambung..... (Kak dana, sila approve request saya di IG, hahahah (zulfadly)

Kalau masa bujang, boleh je duduk hotel bajet, tapi sebab dah ada budak kecik ni, kena lah cari hotel yang proper sikit, google dan google, jumpa lah hotel ni, Hotel Boss. Nama macam sivaji the BOSS. Hotel ni lokasi sangat strategik, berhampiran Masjid Sultan, so senang lah nak makan halal.

Hotel ni baru buka beberapa tahun, dan berhampiran dengan Lavender MRT station, jalan 5 minit dah sampai, situ pon ada MCD. Hotel ni banyak bilik, dalam 1000 kot, masa book haritu, harga untuk 2 malam RM800++, tidak termasuk sarapan.

Overall, ok lah hotel ni, walaupun dia cakap 4 star, tapi bagi saya 3 star je. Bilik teramat lah kecik, apakan lagi toilet. Katil pon macam size single king, kecik sangat. Nak iron baju pon kena turun level 4, dah macam tido bajet hotel. Kalau ada option lain, sila lah pergi tempat lain. Staff hotel ni friendly and helpful juga. Malam2 kami request additional mineral water, ada budak melayu akan hantar, nasib free. Maybe sebab lokasi hotel ni menang lah.

Ni lah hotelnya. lokasi strategik

Lobby hotel grand and besar, tapi bilik kecik