Last week, sempena wedding anniversary, saya booklah hotel, saja-saja short vacation, lokasi dekat area sepang. Malas nak pergi jauh-jauh, book hotel ni pon sebab nak tengok senibinanya.
Sebelum nak bertolak, call hotel tanya tentang reservation, semua cun, siap cakap boleh dapat diskaun lagi jika bayar guna certain kad walaupun harga yang saya dapat ni dah promo. Sound great kan?
Bila dah sampai, masa nak bayar, front counter kata tak dapat diskaun, saya suruh call person yang jawab call, siap gaduh dalam phone, dia siap cakap " kau nak bayar ke beza ni" kat kawan dia tu. So saya malas nak argue, saya ok je lah.
Masuk je bilik, memang cantik, almaklumlah 4 star kot. Masuk toilet macam bau hancing sikit, pastu lantai macam berminya. ni kes kencing tapi tak basuh, just mop je, tu bau macam tu.
Pastu nak buka lah fridge nak simpan makanan anak, sekali LOCK! first time dalam hidup jumpa yang berkunci, kena call reception untuk buka. Tanya budak yang buka fridge tu, kenapa lock, jawapan dia
"sebab dalam tu ada makanan encik, nanti orang amik dan tak bayar"
Saya speechless dengar jawapan tu, memandang rendah pada guess seolah2 mereka ni sengkek atau bodoh.
Habis lah part tu, keluar makan dekat aunite Aini, ni next entry saya review. Balik malam tu nak tido, dah siap nak tido, sekali tengok bantal ada kesan tompok kotor, panggil staff hotel untuk tukar, sementara tunggu tu, saja2 cek cadar, sekali angkat selimut tu, kotor sangat, macam kesan pepijat, ada tompok kecik2 warna hitam dan merah. Kebetulan letak anak saya kat bwah, budak nak meniarap kan. Anak saya boleh plak terjumpa serpihan kaca, nasib baik tak telan!
Ni lah kemuncaknya, datang manager dan saya minta tukar bilik. So tukar lah dan sambung tido dengan rasa sakit hati. BTW tuala muka hotel pon kotor, ada kesan coklat, ni memang tak tukar.
So bila nak balik tu, saya simpan barang, kad tercicir, jenuh cari tak jumpa, staff suruh bayar RM30, tapi saya yakin dah ada orang lain jumpa, tapi redho je lah. Masa nak keluar, saya tak jumpa hp saya, hp ni kecik je, 2nd phone, so minta staff carikan, dia just cek logbook dia je, dan kata tak jumpa anytning. Saya pesan lagi suruh cek, dan staff tu kata akan call saya kalau jumpa atau tak jumpa akan inform. Sampai kesudah senyap.
So lepas seminggu, hantaf email dan cakap semua masalah, dan paling penting hilang phone tu, sekali dapat reply, "we found your phone". Sakit hati. Staff pemalas!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kalau saya tak email, agaknya phone tu pon xde siapa cari.
itulah, tak nak mention nama hotel, tapi saya memang tak kan repeat lah, servis kelaut, tapi staff di cafe sangat tip top.
Sekian
4 comments:
aduhai... seramnya klu dpt hotel mcm ni kan, lebih seram dr hotel yg ada hantu
yelah, bila kebersihan tak di jaga2 kita jd tambah risau klu kot2 lah bilik tu mmg tak bersih ke apa... risau sgt lah kalau akak...
kalau bilik air pun dh kotor gitu, pastu ngn tuala , tempat tdo pun teruk... mmg tobatla....
kalau dh hotel 4 bintang msti tiptop kan...
aritu akak ke temerloh cari hotel kt agoda je, hotel biasa, hotel lama tp bilik dia sgt bersih n terjaga... walaupun kene naik tangga tp rasa puas hati
weyhhhh..aku mcm tahu je hotel manaaaa....baru kotttt..takkan dah kotor..hadoiii
as'salamualaikum adik, ketawa pon ada, geram pon ada bila baca entry kali ini!
K.dana: hotel ni dapat harga murah, promo, nasib bukan full price, if not lagi ralat rasa. heheh
Kuna: yes!!! that hotel
Anon: tq
Post a Comment