Friday, April 6, 2012

PTPTN

Sekarang ini, kecoh pasal isu nak mansuhkan PTPTN, ramai pulak mahasiswa setuju, almaklumlah, diorang nanti tak payah bayar balik. Personally, saya tidak setuju nak mansuhkan PTPTN, tapi saya setuju jika hendak mansuhkan surcaj 3% tu, banyak kot tu.

Bagi pihak pembangkang, memeang mereka boleh cakap macam-macam, nak mansuhkan tol lah, nak mansuhkan ptptn lah, sebab mereka hanya boleh berkata-kata manis, tapi saya yakin, bila mereka memerintah, perkara ini perlu diselidik dan diteliti, ia tidak semudah seperti yang diutarakan.

berbalik kepada PTPTN tu, bagi saya, kalau dah pinjam tu, bayar lah balik, apa susah, takkan semua nak free kot, pastu dapat duit PTPTN tu, macam lah nak guna dengan betul (tidak semua), dapat lebih sikit je, ada yang pergi beli handphone mahal, pakai DSLR, beli barangan branded, tapi hakikatnya, berlagak je lebih. rasanya siapa study di U Malaysia, faham sangat senario macam ni, biar papa asal bergaya.

ini hanya pandangan, sangat subjektif, yang paling penting, hormat lah setiap pegangan parti seseorang itu, jangan sebab parti, sahabat pun jadi musuh, renung2kan, dan selamat beramal

Thursday, April 5, 2012

Easter Break (Cuti lah sangat)

Hari dah start easter break, seminggu, sampai hari khamis depan, jumaat tu sudah ada presentation and submission! dulu buat part 1 kat UM pon, walaupun subjek banyak satu sem, tapi tak lah sesibuk ini,

jom breakfast dulu!

harini rasa nak relaks sekejap, stress melampau semalam, sampai susah nak tidur
senang citer, tak sedap! salah pilih! huhu

Tuesday, April 3, 2012

Bila Malas

Bukan malas, tapi fikiran berkecamuk,
semalam pun bawak kereta,
nyaris mahu melanggar tram,
sebab fikiran melayang jauh kerisauan,

saya cuba untuk komen dibeberapa blog, tetapi saya tak reti pulak, sebab tiap kali beri komen, pasti hilang, adakah sebab saya tidak reti or memang ada masalah dengan blogspot ini?

mmmmm......esok cuti bermula after 2pm! so mahu buat sesuatu esok, malas mahu fikir akan kerja sekolah, sehari saja lah, sebab hari lainya, kerja masih menimbun dan tarikhnya sipis-sipis sudah

Untuk Kita

Monday, April 2, 2012

Jangan Mudah Mengalah

Hidup hari-hari,
penuh dugaan,
penuh rintangan,
dan bila ia datang,
jangan mudah putus asa,
Allah hendak menguji kita,
walaupun susah,
walaupun gundah,
bangkit dan bangun,
lawan dan tekad,
sebab semua berlaku,
ada hikmah,


Mendapat result asgmnt harini, oh, ianya sungguh teruk, seperti dejavu rasanya, perlu berusaha lagi, sebab saya nak grad tahun ni, saya sendiri tak sanggup hendak meneruskan ini lagi, tapi disebabkan keluarga, saya berusaha, InsyaAllah, saya boleh, doakan saya, amin!

Sunday, April 1, 2012

Genap Setahun

Masih ingat pada tarikh yang sama, dapat tahu nenek masuk hospital dan keadaan dia semakin teruk, pada masa itu, hanya mampu berdoa,
"Ya Allah, jika ini yang terbaik untuknya, aku redha ia pergi"
saya bukan mengalah, saya bukan hendak nenek saya pergi, tapi saya sendiri tak sanggup melihat keperitan hidupnya, betapa dia tabah tanggung semua ini, hanya Allah yang mengetahuinya.

Saya mengetahui nenek meninggal melalui FB, sebab ada saudara yang menulis status, dan terus saya menghubungi Abang saya, dan sememangnya, ia adalah perkara yang benar. Masa itu, ketika itu, merupakan hari yang sedih dalam hidup saya. saya selalu berkata dalam hati, jika nenek pergi, saya kena redha, sebab saya sendiri takut saya tidak mampu menerimanya. ternyata, kita mampu berkata-kata, realitinya, susah dari pada itu.

saya menangis ketika itu, tanpa keluarga disisi, dan ketika itu, masih baru lagi di bumi asing ini, saya kuatkan semangat, sebab saya kesini untuk berjuang, saya tabahkan hati, saya kuatkan semangat, saya hanya fikir akan nenek saya, dia mampu tabah dengan dugaan yang datang akanya, saya perlu lebih kuat untuk hari mendatang.

terima kasih pada teknologi, saya sempat menatap wajah terakhir nenek melalui skype, sebab saya tak nak ralat, saya hendak tengok muka nenek saya, betapa bersih dan indahnya muka nenek, seperti sedang tidur, dan saya sempat membuat solat jenazah ghaib untuk nenek saya. Alhamdulillah, sehingga hari ini, saya tidak berasa ralat, saya sempat membuat apa yang dihajati,

Setahun berlalu, seolah-olah nenek masih bersama, sejak dua menjak ini, hampir setiap hari mimpi akan nenek, moga tenang disana, dan rohmu dicucuri rahmat, AlFatihah buatmu, dan InsyaAllah, tahlil untukmu MAKTOK!

Al Fatihah buat Nenda Tercinta Arwahyarhamah Hajah Hasnah Bt Abd Rashid

Daylight saving

pukol 12am, got one extra hour today, heheh, btw, this is my personal blog, it just a blog! don't take it seriously, coz, i dont have time to care of what other people think of it! feel free to read, coz it free, and dont take it out from this 'world', just keep it in your heart , oh lovely dear......