Baru je balik dari rumah family Malaysia tadi, ada jemputan majlis berbuka, Alhamdulillah, Ramadhan ni murah rezeki, kenyang dengan makanan, selepas itu solat Magrhib, Isyak dan Terawikh bersama. Semalam solat terawikh, imam arab tersalah rakaat, saya pun jadi konpius, tapi biasalah, dah solat banyak rakaat, mesti akan lupa, dan sejak minggu ini, jemaah dah makin berkurng, maybe ramai dah mula busy dengan assignment masing-masing.
Tadi pergi jamuan berbuka, saya buatlah murtabak, sebab masa multicultural night last week, tak sempat nak makan murtabak yang dibuat sendiri, saya buatlah sekilo tadi murtabak, dan sempat buat beberapa keping untuk berbuka, kali ini buat murtabak ayam, Alhamdulillah, kenyang! dan sekarang sambung kerja, esok nak jumpa supervisor........
|
ramuan yang diperlukan |
|
gaul dan masak! |
|
canai+tebar+masak |
4 comments:
Salam Zul..
wahh hebatlah buat murtabak. mcm ni habis la tutup kedai mamak kalau zul meniaga murtabak :D
hehehe, nasib xder mamak sini, kalo x, dah bungkus, hehe
amboiiii..bermurtabak kita ye.. sedap tuu.. balik johor nanti ingat nak beli banyak2 buat stock..
sedapnyer murtabak tu dik, paling spesel bile bt sndiri... rajin tul menguli tpung sndiri tuh...
Post a Comment