Friday, July 13, 2012

Manusia tiada Adab!

Benda ni berlaku masa nak balik dari Gold Coast last monday, kami ambil flight dari brisbane instead of gold coast, sebab lagi murah, kami naik Jetstar, syarikat ni macam airasia jer, tapi owned by australia lah kan, memang paling murah flight compare dari Virgin.

nak dijadikan cerita, kami dah ready beratur dekat depan kaunter, sebab dia dah announce dah boleh masuk, tapi bila beratur, dia kata hanya standby, so kena lah tunggu dalam 10 minit berdiri macam tu, ada satu nenek ni, badan dia besar dan bertongkat, dia ingat dah boleh masuk, tapi rupanya kena tunggu, dia pon duduk dulu,sebab tidak oleh berdiri lama.

Bila dia dah bukak gate, dia bagi lah nenek ni jalan dulu, dan jarak ke kapal terbang agak jauh, kena turun tangga yang super curam dan kena jalan tengah panas, dan menakjubkan, staff diorang, hanya tengok jer, nenek tu terkial-kial turun tangga sorunk-sorunk, bila kami dah boleh masuk, kesian tengok nenek tu nak naik tangga flight pulak, dan attendance yang kat atas tu, tengok je, takde rasa nak tolong pegang tangan, kalau saya dekat depan, bolehlah saya tolong, tapi saya jauh kebelakang, kwan saya yang perempuan ni, dah menangis tengok nenek tu, kesian sangat-sangat.

dah bila dalam flight, rupanya nenek tu tersalah flight!!!!!!! dia nak ke cairns bukan launnie, nasib ada orang yang sama nimbor tempat duduk, kalau tak, kesian lagi nenek tu. macam mana FA yang tengok tiket tu, tengok sekali imbas lah tu, tak cek langsung destinasi, bengong! nenek tu memang dah penat sangat dan mengah, sebab kena naik turun tangga. nenk tu terpaksa bangun dan kena berdiri pulak supaya penumpang lain boleh duduk,patutnya bagilah nenek tu duduk dulu, sebab dia suruh nenek tu berdiri samapi semua penumpang naik, memang bodoh.

saya memang tengok jer, rasa tak tahan, saya pergi kat FA tu, suruh bagi nenek tu duduk, FA tu kata tak perlu, tapi paksa jugak, sebab memang nampak dia tengah mengah, kesian sangat-sangat. teringat arwah nenek, naper lah bodoh mereka ni, macam takde hati.
lepastu datang staff kaunter yang bagi nenek tu lepas, siap boleh sound nenek tu, so rude, patot minta maaf, ni dia blame nenek tu sebab nenek tu kata nak ke launnie,  ko cek lah tiket nenek tu dulu, nak salahkan nenek tu naper lak kan! panas betul haritu, sedih giler, terus hilang mood!

saya kalau boleh memang tak nak naik Jetstar, sebab memang teruk, sebab dah murah, terpaksalah!
nanti saya cerita pasal GC/


5 comments:

Cat-from-Sydney said...

Hmm....Jetstar...low cost or low class? However, we haven't had any bad experience with them. It's a shame about the senior citizen. purrr...meow!

azieazah said...

Memang tak tergamak kita nak tengok perkara ni berlaku depan mata kan, Zul?

Aduhai.. kok ya pun tambang murah, takkan nilai moral pun murah sama. uishhh

m.u.l.a.n said...

kesiannya nenek tu.. mesti tak sanggup tak tengok kan..

Zulfadly said...

low class,mcm xder hati.
kak azie: betul, sedih kot tgk mcm tu, but that old lady sentiasa senyum, walaupun kepenatan
mulan: definitely!

umiyumi said...

hish teruknya. tak ada budi bahasa langsung. so far kat sini tgk ok je nasib baik tak mcm tu..