Saturday, July 28, 2012

Penat+nasi kerabu

agak kesibukan minggu ini, kelas baru bermula, minggu ni dah kena present, nasib lah tadi present selamat, tak kena attack oleh lecturer, kena siapkan tiga proposal untuk design, tapi sempat siap dua jer, agak malas minggu ni, masih dalam mood bercuti lagi, lagi-lagi kelas jumaat jer, memang bertambah malas lah.

Hari ini ada multicultural night, so saya dan housemate bukak gerai, kami jual nasi lemak, murtabak, dan karipap, ni baru je balik sampai rumah, baru nak makan buka puasa, dah pukul 12am dah, sekali sahur, kepenatan sungguh hari ini, terkejar kesana dan kemari, esok pulak ada jamuan berbuka puasa budak medic, rezki, yang seronoknya, bila ada kenduri, semua penduduk melayu berkumpul, dah macam one big family

dan untuk hari ni, dapat makan nasi kerabu, harga 5$, banyak giler, dan sungguh sedap, dapat gak makan nasi kerabu, kalau nak buat, banyak kerja jadinya,hhehehe.


Nasi kerabu

2 comments:

azieazah said...

Syukur
dik. Wpun berpuasa di rantau orang dapat gak menu yg sama mcm di
tanahair. Apalagi kalu rajin buat sendiri. Sbb tu ramai student kita kat
luar negara semua pandai pandai masak...!

Zulfadly said...

Alhamdulillah kak azie, kalau nak makan kena buat sendiri, tu ramai tetiba balik msia pandai masak, hehe, selamat berpuasa