Monday, October 22, 2012

kelibut!!!!!!!!!!!!!

satu saat dan ketika rasa kelam kabut dan STRESSS! seperti kata mak jemah:

'Jom terjun Batman bridge!' 

terasa nak buat begitu.

sambung kejer......................

Friday, October 19, 2012

Slow down when you talk!

harini ada last tute session, sebab dah nak final kan, pagi ada kelas pukul 10. tapi buat kerja sampai pukul 7, konon tido jap, sekali bangun pukul 10.30, alang2 dah terlajak, sambung tidur, sampai sekarang rasa bersalah ponteng!


today tunjuk layout board, otak blurr arini, apa dia komen, semua tak paham, last2 cakap mcm ayam dan itik tadi. Bila dapat balik report yang submit last week, komen yang paling utama dia tulis ialah:

Slow down when you talk!!

mungkin cakap bajet omputeh, nak sambung0sambung je ayat, sekali omputeh haram tak paham, pastu laju benar kan, so nanti present, sebuti-butir saya sebut nanti!.

ok, sambung kerja, nanti kak sal marah! hahaha (hantar lah makanan kat rumah ni, nasi briyani ke, hahah)\

.seminggu tidur dekat lantai, katil penuh dengan sketches  ni baru kemas, pastu tampal draft bod ni, supaya senang! semnagat!

malam siang melalut

bila siang akan malam 
bila malam akan siang
tapi ianya satu perubahan
aturan sebuah kehidupan
tiada belakangnya
tapi ada depanya
tidak bermakna belakang itu sebuah silam
kadangkal ianya akan kembali

semuanya kehadapan dalam peraturanNya
cantik tersusun sebuah garisan
jangan biarkan ianya tersasar dari landasan
masih ada ruang
masih ada waktu
tiap detik itu peluang
setiap itu jua peluang utusan untukNya
jangan pernah patah
jangan pernah putus
sebab ianya memang begitu
kehidupan penuh warna
menjadikan diri kita siapa disaat ini



ok! melalut jap! stress ni, update blog kejap! argh!!! sorry lama tak reply komen di blog, saya baca semuanya, thx untuk doa, saya buat terbaik! seminggu lagi!!!!

Tuesday, October 16, 2012

kelawar


lepasni, kalau mati tetiba, ni lah penyebabnya, kopi bergelen2 minum + air kuat! untuk stay up for another 2 weeks! ok!!!haha
sambung kerja!

nasib dah potong model , ada lagi 2!


pada tanya banyak masa update blog, update ni tak sampai 5 minit, bukan 24jam saya buat kerja! 

Monday, October 15, 2012

15 hari lagi

lagi 15 hari, kerja masih berjalan,walaupun slow, tapi saya buat, paksa diri, dalam hati dah malas sangat, memang malas, tetiba rasa giveup, ntah lah, rasa tak confident langsung dengan diri + projek, tapi saya tak perlu mengalah, sebab masih ada 2 minggu untuk berjuang, dan sambil itu, berdoa padaNya, walaupun jiwa ni sangatlah malas, kalau boleh nak siapkan sehari sebelum presentation, tapi apakan daya, saya tahu saya tak mampu, banyak skill yang saya tiada,.

rancangannya untuk menyiapkan segala drawings by end of this week! saya kena tekad,! jika tidak, semua saya tak sempat, tiada yang mustahil, janji ada azam, saya tekut sangat, kadangkal rasa lemah untuk berusaha, hanya blog saya tulis,= untuk gambarkan apa yang ada.

terima kasih pada mereka yang memberi semangat untuk saya, rasa macam dejavu! pengalaman di UM seolah-olah kembali, takutnya! moga perjalanan ini berakhir dengan jayanya, dan saya mampu grad! IALlah, hari ini dapat email surat nak grad, rasa semagat lagi sikit, boleh lagi!  bangun!!!!!!!

***sori! off jap blog beberapa hari, dah bukak balik, kak hidana, sori byk2, heheh, bz nak final ni, wish me luck,

Friday, October 12, 2012

Spaghetti o- lio!!

Jalan mungkin nampak sama, 
tapi sebenarnya, ianya jauh berbeza, 
sekali sekali pasti bersua,
 sebab kita menuju benda yang sama, 
segala bicara diterima, 
sebab ianya pedoman dunia, 
tapi kadangakla perlukan masa,
untuk menerima setiap cerita.


tengok kak yan masak spaghetti olio, nampak sedap giler, dengan gigih pergi woolies beli barang, dan masak terus,siap! esok bawa bekal nak belajar dekat hub! hehehe , sedap dan simple sungguh ini resepi


harini tengok berita, sydney tetiba snow time spring ni! kalah lonnie!

merapu

Spring, tapi sejuk macam winter, suhu asik nak 4C je malam-malam, makin stress,

kejer slow, banyak pikir keluarkan idea, plan dekat seribu kali tukau!

jumpa tutor luah perasaan stress, dia kata normal lah Zul (tapi dalam english lah), nasib dia bagi semangat,

bila selalu stress, makan macam esok nak kiamat, makan tak ingat dunia, makan dan makan dan makan, jauh konsep dengan projek sekarang! adoi!!!!!

rasa nak balik je weekend ni ke Malaysia, tapi sayangnya, bapak saya bukan sultan brunei, kalo tak, balik hari je.............................................................................................................................................

tido! tido! sampai asyik tersentak dalam tidur, takut sangat................... 3 minggu lagi!

Wednesday, October 10, 2012

No Turning Zul!

Tinggal lebih kurang dalam 3 minggu lagi, sebelum semuanya berakhir, doakan saya!!!!! tapi disaat ini, fikiran dan hati, sudah melayang,rasa takut menebal dalam diri, gementar setiap masa, tiada sesaat pon rasa tenang, sentiasa takut, saya takut dengan asgmnt saya ni.

Saya tiada langsung keyakinan dalam diri, rasa apa yang saya buat semua ni semuanya salah, saya takut pengalaman masa di UM kembali menghantui di final nanti, setiap saat saya buat kerja, saya kritik apa saya buat, untuk mengurangkan kesalahan yang ada, proses membuat design ambil masa yang lama, perlu tukar dan tukar dan tukar, tapi saya sendiri kena menghentikannya! supaya saya sendiri dapat menyiapkan semua tugasan.

rasa takut sangat, takut, pelbagai ikhtiar saya buat, seperti kata sahabat saya, buatlah yang termampu dan berusaha seadanya, dan sentiasa doa akaNya, dan setelah tamat, berserah padaNya, IAllah,...

saya sendiri rasa hampir mahu tewas, mengalah, tapi selalu kata diri, kena kuatkan diri, doa tiap hari, moga diberi akaNya kekuatan diri, walaupun diri ini semakin lama, makin lemah, sedikit sahaja langkah, untuk ke arah dimensi yang baru dalam hidup saya, IAllah, segalanya mampu, just think positive dan jangan lupa akaNya. Hati ni sentiasa menangis sebab saya takut, tapi kena kuatkan diri, jangan mengalah, jangan kalah, sudah jauh perjalanan saya ini, sedikit sahaja langkah, Saya yakin saya mampu, cuma saya berharap saya mampu lagi berdiri kepenghujungnya.

Dalam saat macam ini, selalu terbayang wajah arwah nenek, sebab dialah semangat saya, bila dia pergi, saya rasa sangat rapuh, selalu kalau keaadaan begini, saya akan menghubungi nenek, just nak dengar suara dia, sebab dia adalah jiwa saya, hati saya, dan sumber semangat saya, sebab dia selalu mendoakan saya, dan jika saya tidak tenang, dia akan membaca ayat alquran untuk saya (nenek saya tidak nampak dan tiada kaki), rindu dan rindu....................doakan segalanya sempurna...............





Tuesday, October 9, 2012

Si Jantung Hati

Sekarang ni, kalau rasa stress je, tengok gambar budak ni, anak buah pertama, tak pernah jumpa lagi, umur pon baru dua bulan, tunggu tahun depan baru lah dapat picit pipi dia ni! heheh. Sekarang selalu jugak skype dengan budak ni, tapi dia selalu tidur, kena kejut dulu, kuat minum susu, kalau malam menangis je, kuat pulak tu (mak yang citer lah). Haritu dah pos baju dia yang beli dekat sini, sekarang kalau ada sale je, cari baju budak kecik ni, nasib lah anak buah satu je, rasa tak sabar nak balik!

saya Adam lah!

takde gigi pastu pandai main acah-acah

Saturday, October 6, 2012

Tulip!

Bila time spring ni, memang banyak lah bunga cantik-cantik, macam dekat laman rumah, ada beberapa jenis tulip, ada satu jenis tu, dah mati last week, sekarang ada lagi dua jenis, warna oren n merah. tapi ada lah bebrapa pokok je, ni rasanya owner yang tanam ni, minggu depan ada tulip festival, tapi tak pergi kot, sebab risau kerja tak ssiap, hehehe

Bila time macam ni, memang cepatlah rumput tu jadi panjang, semalam ejen rumah dah email, suruh trim rumput dekat rumah, hahah, rumah duduk je 5 orang, tapi bila nak mesin, semua malas, adoi! termasuk saya lah. tengok lah saper yang terbuka hati nak potong esok ni, hehe.
bunga apa saya tak tahu

ni tulip oren




macam rose, but actually tulip kot


ni lah laman rumah, rumput dah mcam sawah padi!


jiran ni suka bertanam, sangat cantik garden dia
walaupun spring, tapi suhu malam je 2C, dah macam winter!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

Wednesday, October 3, 2012

Sumpah Sedap: Briyani Shan

semangat nak post lagi kan, walaupun nyawa hujung tanduk, tidur pon asyik menggigil sampai termimpi-mimpi lecturer, setiap masa rasa takut dan cuak jer! Tapi nafsu makan tidak berubah, malahan makin kronik, makan aja, pastu asyik lapar, stresssssnya macam tu kot.

Bulan lepas, ada makan nasi briyani dekat rumah sorunk akak ni, pastu minggu lepas, dia bagi laagi, pastu memang sedap, rasa sangat briyani dia, pastu tanya guna rempah apa, rupanya dia beli yang instant, nama brand tu ialah Shan! saya pon pergi ah beli dekat India Groceries tadi, kedai ni baru bukak, murah pulak, harga dalam $2 je, saya try kashmir beef hot and spicy, pastu try lah buat tadi, memandangkan hari ini turn saya kena masak, memang sangat mudah dan seperti tajuk diaatas, sumpah sedap!

Dekat Malaysia rasanya ada jual kot, dekat Mydin,harga tak sure pulak, tapi maybe dalam rm6 kot, memang rasa briyani sangat-sangat, bau dia memang semerbak! kalau sekali makan, berkali-kali tambah, pastu nasi ni, sedap dimakan begitu je, tak perlu lah nak buat kuah lain ke, memang makan nasi begitu dengan buatlah ayam bakar ke, pergi cari, sumpah sedap, tak tau lah kalau kat Malaysia memang dah lama guna ke, hahaha, saya ketinggalan lah tu.

Sekarang tak perlu guna rempah briyani adabi semua tu, saya dah banyak kali cuba guna rempah tu, takde nya nak menjadi, rasa dia semua lari, kali ini Shan sangat sedap! hahah dah macam entri iklan pulak kan, produk ni dari Pakistan, ada juga briyani malaysia style, nanti try.

ni dia produk tu, senang dan sedap

ni masak tadi, makan dengan ayam bakar+papadom! meletup abis, hehe



*kak hidana, tu ikan barambudi (tak tau betul ke tak eja) ,hehe, sini jual kepala murah, sebab orang putih tak makan, dia tau asian suka,

Monday, October 1, 2012

tebiat or tabiat or should taubat

sekarang tengah stress, jiwa meracau, dah officially tinggal less than one moth before submission! hopefully dapatlah tempuh benda ni, selalu positifkan diri, kata jangan give up, walaupun sebenarnya almost give up, bila stress, susah nak buat kejer, lagi-lagi bab design ni, sampai terpaksa paksa diri, if not, abis lah tak siap.

btw, saya dekat sini, macam ada satu tabiat, saya suka beli barang or selalunya makanan, tapi saya akan gunakan sedikit or makan sikit, pastu lupa nak makan lagi! contohnya, kalau saya beli biskut, saya akan makan 2-3 keping, lepastu saya lupa saya ada lagi biskut tu, sehinggalah dah benda tu dah lemau/busuk.

Kalau beli buah, makan 2 biji, pastu yang lain, mesti busuk, sebab lupa nak makan, kalau beli roti pulak, saya akan makan 2 keping je, sebab terasa nak makan, pastu esoknya, saya tak ingat pon saya ada beli roti, sehingga housmate tegur roti dah berkulat! rasanya masalah lupa ingatan agaknya.macam ada satu cereal tu, saya tak ingat pon saya pernah beli, ada je masih belum dibuka, tapi housmate kata memang saya yang beli! adoi!

kalau beli makanan basah pulak, macam seafood, selalunya saya akan sekali masak, bakinya saya simpan, hujung tahun baru saya sedar saya ada banyak lagi makanan tidak dimasak! sungguh kronik, membazir satu hal, lupa tu yang kronik!, so bila macam ini, almari saya penuh makanan yang tidak dimakan, selalunya suruh housmate makan sampai abis, sebab sayang nak buang, kadang-kadang pikir, teruk gak tabiat ni, patut kena pergi jumpe doktor.

abis dah cerita tu, sekarang ni spring, tapi memanjang sejuk je malam, samapi suhu 2-3C! mana tak makin stresssss! 30 hari lagi sebelum final! patutnya tak yah update blog, tp stressss!

kari kepala ikan, itu pon tengok dalam freezer ada lagi, tak tau lah dah berapa lama, haha