Wednesday, October 10, 2012

No Turning Zul!

Tinggal lebih kurang dalam 3 minggu lagi, sebelum semuanya berakhir, doakan saya!!!!! tapi disaat ini, fikiran dan hati, sudah melayang,rasa takut menebal dalam diri, gementar setiap masa, tiada sesaat pon rasa tenang, sentiasa takut, saya takut dengan asgmnt saya ni.

Saya tiada langsung keyakinan dalam diri, rasa apa yang saya buat semua ni semuanya salah, saya takut pengalaman masa di UM kembali menghantui di final nanti, setiap saat saya buat kerja, saya kritik apa saya buat, untuk mengurangkan kesalahan yang ada, proses membuat design ambil masa yang lama, perlu tukar dan tukar dan tukar, tapi saya sendiri kena menghentikannya! supaya saya sendiri dapat menyiapkan semua tugasan.

rasa takut sangat, takut, pelbagai ikhtiar saya buat, seperti kata sahabat saya, buatlah yang termampu dan berusaha seadanya, dan sentiasa doa akaNya, dan setelah tamat, berserah padaNya, IAllah,...

saya sendiri rasa hampir mahu tewas, mengalah, tapi selalu kata diri, kena kuatkan diri, doa tiap hari, moga diberi akaNya kekuatan diri, walaupun diri ini semakin lama, makin lemah, sedikit sahaja langkah, untuk ke arah dimensi yang baru dalam hidup saya, IAllah, segalanya mampu, just think positive dan jangan lupa akaNya. Hati ni sentiasa menangis sebab saya takut, tapi kena kuatkan diri, jangan mengalah, jangan kalah, sudah jauh perjalanan saya ini, sedikit sahaja langkah, Saya yakin saya mampu, cuma saya berharap saya mampu lagi berdiri kepenghujungnya.

Dalam saat macam ini, selalu terbayang wajah arwah nenek, sebab dialah semangat saya, bila dia pergi, saya rasa sangat rapuh, selalu kalau keaadaan begini, saya akan menghubungi nenek, just nak dengar suara dia, sebab dia adalah jiwa saya, hati saya, dan sumber semangat saya, sebab dia selalu mendoakan saya, dan jika saya tidak tenang, dia akan membaca ayat alquran untuk saya (nenek saya tidak nampak dan tiada kaki), rindu dan rindu....................doakan segalanya sempurna...............





2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Zul,

Ya Allah ... Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani,

Kau permudahkanlah urusan hamba mu ini. Tenangkanlah hatinya. Jayakanlah langkahnya. Lancarkanlah lisannya. Perelokanlah pekertinya. Kasihanilah dirinya. Hanya pada Mu tempat hambaMu bermohon. Amin.

All the best!

Salam,
zue

Tenta PuTeh said...

fighting!!!
sikit je lagi~
inshaAllah..