Tuesday, December 18, 2012

NZ: Bungy Jumping!

Sambung balik trip ke NZ, rasanya ini lah klimaks dalam trip ni, pergi ke bungy jumping, dari kecik selalu tengok tv dan beranga, dan memang pergi NZ ni pon sebab nak pergi Bungy!

Ikutkan banyak jugak tempat nak berbungy ni, masa dekat Rotorua pon ada, tapi terjun dari crane, so macam tak best dan bukan dekat air pon, dekat tanah je. KAlau drive sikit ada bungy jumping yang best, dalam 20 minit dari Rotorua, tu memang famous sebab terjun dekat sungai, memang nampak macam best.

Tapi saya buat yang dekat Auckland, boleh cek dekat sini >Auckland Bungy , untuk sekali terjun, dalam $NZ150, kalau nak gambar $45, kalau video $45 lagi! memang mahal, saya amik lah gambar je, kalau nak, boleh lah booking awal, atau call je, selalu je ada kosong, memang tak full. Masa hari nak terjun tu, angin kuat pulak, pastu 2 hari lepastu, ada tornado pulak kan, nasib masa buat tu tak ada apa-apa.

Kena jalan ke tengah-tengah bridge auckland tu, dalam 15 minit lah berjalan, jauh giler! pastu kena naik tangga keatas untuk kehub terjun. masa jalan ni pon dah cuak, dengan goyang-goyang angin lagi.

Bila nak terjun tu, memang cuak, masa berdiri dekat hujung platform tu, rasa tak nak terjun pulak, cuak sangat-sangat, nak tak nak, kena terjun jugak, bila terjun je, rasa hilang nyawa, dah sampai bawah baru lah lega sikit, kalau nak basah, boleh mintak dekat diorang nak celup badan dalam air, tapi saya tak buat lah, malas nak basah+sejuk lagi.

dan akhirnya, berjaya buat, kalau ada family nak ikut, boleh ikut sekali sampai ke hub dia, bayaran dalam $20 je, kalau ada kupon, dapat $10, ni pon berbaloi sangat-sangat.Lepas habis je terjun, terus insaf jap, hahah, but sangat lah seronok!
bersiap sedia ke bridge















gambar saya takde, sebab beli hard copy, malas nak scan, ni gambar kawan ambil masa group saya terjun!



*thx semua yg wish!terima kasih banyak-banyak


4 comments:

ishamizu said...

Oh no! Takutnya kak iwan..klu bg sejuta pound pon blom tentu lg hihi

m.u.l.a.n said...

dulu hubby bungee jump kat rotorua... aiyaaaa... seriau tapi dia mmg adventurous orangnya..

Fairy Lilly said...

Beraninya...kaki tak ketaq ke? Yang pasti takkan akak cuba. Sky dive ada gak kemungkinan nak dicuba tu pun coz tau terjun bersama instructor hehehhe.

norhidana miswan said...

seram lah kalu akak... hehehhe