Friday, April 12, 2013

Jumaat

Alhamdulillah, selesai interview pagi tadi,dan rezeki disitu, dapat juga kerjanya, Isnin ni mulakan tugas, terpaksalah hantar email, firm dekat puchong tu, kata tak jadi, tapi takut lah pulak!

Patutnya pukul 4 ada lagi satu interview, bukit nanas, malas lah nak pergi KL, sure jam giler, lagi-lagi jemaat ni. Saya rasa, ini interview paling lama, dan paling banyak saya cakap! Tension pon ada, rasa macam bertekak je, kalau benda salah, saya betulkan, kalau kritik, saya boleh terima, tapi rasanya dia nampak potential saya, senang sikit pergi kerja, 5 minit dari rumah.

Gaji pon ok lah, mula-mula kerja ni, asal dapat save banyak (minyak+tol), so boleh simpan untuk kahwin lah. Cuak pulak nak kerja ni, sekarang letak dalam otak, kena konpiden dengan diri, kita tak mampu nak puaskan apa orang nak, tapi kita boleh berusah untuk mencapai apa yang mereka mahukan, dan perlu banyak lagi membaca lepas ni, IAllah.

Sekarang, berniaga jadi part time lah, malam je boleh update, sabtu untuk restok,esok nak ambil stok baru lagi, so far, ok lah, kayuh pelahan-lahan dulu, lama-lama guna enjin pulak, side income bulan-bulan.

Terima kasih yang mendoakan saya, tadi tetiba rasa sebak masa interview, dia tanya apa bapak u imagine u as architect, so ceritlah how parent saya cari duit semata-mata nak bagi saya belajar overc, walaupun saya tahu, kami bukan dr keluarga senang, dah macam cerita bersamamu tadi!,


Alhamdulillah

2 comments:

penunggang.bulan.putih said...

taniah..hee selamat bekerja..dapat firm mana?

umiyumi said...

Tahniah Zul.. keje rajin2 :)