Sunday, April 14, 2013

Sekampung-kampung Tasmania

Sebelum saya fly ke Tasmania , dah ada beberapa orang suruh saya fikir masak-mask, bukan pasal sambung belajar, tapi pasal TASMANIA, firm lama saya kerja, siap cerita yang anak buah dia belajar sana sekejap, lepastu balik malaysia sebab tak tahan, kebosanan melampau.

Saya dengar pon, naik takut, tahap kekampungan dan kebosanan adalah tinggi oleh mereka yang bercerita. Ni untuk minggu ni pulak, 2 tempat interview, satu bila cakap belajar tasmania, siap gelak-gelak, kata kampung. Tu kira ok lah lagi, ni masa firm lagi satu. Memang terus terang kena kondem kekampungan.

Bila tanya, pernah pergi ke? TAK. Setakat sampai Melbourne je, tapi semua dengar cerita dari orang, tak habis-habis kata kampung + Hutan. dan kenapa belajar sana? tempat ceruk dunia. So saya explain lah pasal Tassie, kena lah back up juga.

Ramai tak pernah pergi Tasmania, tapi bila tanya, cakap kampung, hutan, bosan, boring, dan bos yang interview pon cakap, kawan dia belajar sana sekejap, pastu balik malaysia sebab bosan.hahah

Ramai je orang Malaysia situ, yang mana dekat malaysia agak sosial, dtg sini sure duduk rumah je, tapi banyak je aktiviti boleh buat.

Dan risau mau mula bekerja, risau!! wish me luck!

ini dia bandar Launceston yang ramai orang tak pernah datang, tapi kata bosan + hutan,bila sekali jejak sini, IAllah rasa nak stay je,haha
































No comments: