Terima kasih pada mereka yang beri nasihat buat saya, sangat setuju dengan kak mari, mula2 ni kena cr pengalaman. Saya tak apply pon firm 1st ni, tapi sebab dia request dekat jobstreet nak tgk resume saya, saya bagi lah, then terus kena interview, tu lah 1st firm arki yang saya apply dan dapat. Selama 2 bulan lebih ni, saya memang cuti sakan, baru minggu ni saya apply firm.
dalam dilema nak tunngu keputusan firm lain, pastu ada lagi 2 interview lagi, satu shah alam dan satu dekat area KL, dalam hati ni, risau teramat, kalau saya accept offer dari 1st firm, saya takut firm lain offer pulak, kalau nak cancel nanti, saya rasa bersalah, tapi kalau reject offer ni, saya takut takde pulak peluang kerja nanti.
at this level, saya kena lihat ability saya, apa boleh saya buat dan apa kekuatan saya untuk diambi bekerja, pikir balik, kalau saya demand gaji tinggi, apa mampu saya buat? kalau ilmu tak banyak nanti tak berbaloi dia nak bayar.
tengok 1st firm ni, macam serius betul nak ambil saya, tapi saya masih berbelah bahagai, patutnya kena confirm harini, but tak call2 lagi, so kesimpulannya, esok pagi akan call, jika masih kosong, saya akan accept, untuk permulaan kerja, rasanya ok kot nak kena korban sikit masa tu, walaupun jauh, sebenarnya before this pon kejer puchong, rasa ok je lah kot.
yang penting boleh belajar benda baru, tapi interview lagi 2 akan saya pergi juga, kalau dapat shah alam tu, terpaksalah saya tolak offer ni, kalau dapat, masih tak tentu lagi kan. Tapi doakan saya dapat shah alam, tak kisah gaji kecik, asal dekat, banyak benda boleh jimat. Ntah lah, masih was-was dalam keputusan, masih samar dalam kepastian.
Sebab satu je, takut rasa bersalah nak reject or accept offer, bila apply sikit firm xde panggil langsung, bila apply banyak, sekali ramai panggil, adoi! tapi baru apply dalam 5 firm rasanya. Jumaat ni dekat KL, area menara KL, seronok juga pergi interview, tengok firm2 lain. hehe
Kalau dalam bidang arki ni, dia tak tengok sangat kelayakan, tapi more to skill, ada je sijil, tapi gaji lebih banyak dari akitek,sebab skill tu ada, yang penting skill + knowledge = experience.
Terima kasih pada yang memberi nasihat, saya ambil untuk consideration saya. Thanks again! doakan semuanya lancar, amin! (macam nak exam pulak)
No comments:
Post a Comment