Tuesday, April 30, 2013

Semalam punya cerita

Semalam cuba berniaga dekat SACC Mall, ada macam weekend market kat situ, sewa dalam RM60 sehari, saja nak cuba, tapi tingkat 3, orang tak ramai sangat, sale semalam pon x balik modal, hahah, tapi biasalah, ikut rezeki, baru mula berniaga, saja-saja pon, maybe dah tak nak kot, penat sangat! sabtu amik stok, ahad niaga, weekdays kerja! tiada masa nak berehat.

So lepas habis niaga, pukul 6 petang, adik dan kakak ipar pergi beli buku dekat MPH, guna baucher 1 Malaysia tu, pastu line nak bayar memang ramai, so diorang beratur lah, bila dah sampai depan kaunter tu, ada staff dia, terus suruh verify baucer dulu, so dia suruh pergi ke booth sebelah kaunter. Mula-mula kakak ipar saya nak letak bakul supaya nak cop lah barisan tu, tapi dia suruh bawak bakul sekali.

Bila dah verify, dia diam je, tak cakap apa-apa, bila tanya, aoa lagi dik? dia kata, kak kena beratur balik. Kat sini saya pulak naik hangin!, dah lah penat pastu mamat jadian ni kurang ajar. Tanya baik-baik, dia jawab kerek pulak, pastu boleh je biar orang tunggu situ, dia tak cakap apa-apa. Memang biadap!

Bila tanya kenapa tak cakap kena verify dulu, dia pulak sound saya, 'abang tak nampak ke, kan dah tulis dekat situ', saya tanya mana yang ditulis tu? rupanya benda tu ada belakang dia, tapi sign tu dah diterbalikkan, bila saya cakap, baru lah dia letak depan kaunter, pastu tak nak mengaku salah, nak sound balik!, lama-lama tinggi suara lah saya, memang panas betul, orang semua tengok, hahahha! malu pulak tetiba! pastu datang manager dia, baru lah settle, tu pon manager muka berlagak, takde nak mintak maaf staff dia macam tu.

Patutnya dapt baucher MPH rm5 dan cabutan bertuah, tapi dia pon buat bodoh, sebab dah bengang kot! Itu lah dia, apa perasaan, dah beratur panjang, pastu dah sampai kaunter, dia panggil nak cek buku, dan lepas tu, kena masuk line balik, beratur dari belakang, panjang!!!!!!!!!!! dan hanya ada satu kaunter je bukak. Saya bodoh kalau tak nampak sign dia tulis tu, tapi masalahnya tiada!

Ok, itu dia pekerja kedai buku di M#$ di shah alam, Orang berbudi, kita berbahasa, orang nak tunjuk ;'jantan' walaupun diri tu wanita, memang lah kena sound. haih!!!



2 comments:

norhidana miswan said...

takpe dik, adat meniga kan, ada pasang surutnyer...

kalu jd kes cam awak tu kt kaunter mmg kene lah kan, kite ikut je apa dia suruh tp dia lak tak betul, kadang mmg ada tempat yg kurang ajar gitu kan, mmg tak belajar PR betul diaorg tu kot...

Zulfadly said...

hehehe, nasib saya x jadi hulk!hehe