Baru balik tadi, pergi makan, celebrate bday adik saya. So dah lama nak makan makanan chinese muslim, so petang tadi saya google lah mana yang sedap, ada review cakap Md Chan sedap, tapi mahal, ada kata munawarah, adam lai dan sharin low. So saya baca balik semua review, saya decide pergi makan dekat Sharin Low Shah Alam.
Sampai kedai pukul 9.30pm, lepastu meja panjang tengah penuh, suruh sambung dekat dalam meja, dia kata tak boleh, so duduk lah dekat kaki lima tu. Bila dah baca menu, nak lah order, sebab ramai kata itik panggang dia sedap, so decide nak order tu, tapi bila nak order, staff dia kata, panggang ayam/itik semua habis! masa bagi menu takde pulak kata nak abis. So ok lagi,
saya ada backup, baca review kata ayam lemon sedap, so saya order yang tu, yang lain semua makan nasi goreng. Jujur katakan, ayam lemon rm18, portion sikit, tak sedap langsung! (saya pernah makan lagi sedap). Nasi goreng semua sama, walaupun order lain2 jenis. Harga dalam rm7 sepinggang, tapi style hidangan macam mamak, bersepah nasi tu, kedai mamak pon proper lagi.
Bab paling hangin, dah bagi makanan, sudu tak bagi, lama skit baru lah di bagi, dan untuk 8 orang, dia bagi cili potong satu piring kecik. Bila nak mintak tambah cili potong, dia kata habis,so percaya lah, Tapi bila tengok meja lain, dia boleh pulak bagi cili potong, melampau menipu, siap perli kami cakap semua habis.
Staff memang biadap sungguh, yang penting orang seberang, bukan sini, tak lama lagi, lingkup lah kedai ni kalau berterusan begini.
tutup pukul 11 malam, orang ramai datang, pukul 10, tapi dia kata dah tutup, semua balik lah. pukul 10 dah siap kemas semua barang,bila tanya kenapa semua dah habis, jawapan dia, sebab nak tutup! ini lah kalau hired orang macam ni, so berhati0hati lah.
pertama dan terakhir, memang x galak ke kedai ni, sebagai kongsi cerita sahaja, bukan nak bagi dia bankrap! sudah cukup sudah!heheh
No comments:
Post a Comment