Monday, May 27, 2013

Penangan Jalan jalan cari makan

Esok dah kerja balik! macam biasa, tahap malas tu makin menebal, saya perlukan suasana kerja yang seronok, baru seronok pergi kerja, ni hari-hari pergi cuak je rasa, sebab banyak benda buat 1st time, tapi biasalah, semua itu satu pelajaran untuk diri sendiri.

ok, ini nak citer pasal penangan cerita Jalan-jalan cari makan, last week, JJCM tunjuk makan dekat Shah Alam, makan asam pedas, so sedare saya ni yang duduk KL,call nak datang sini, sebab tengok TV macam sedap. So malam tu kami pergi lah, sekali penuh!!! langsung xde seat,siap ramai tunggu lagi nak duduk. Kedai ni, memang selalunya tak ramai orang, staff siap boleh duduk bersembang nak tunggu pelanggan, bila masuk TV, terus famous, bila pergi next day, dah kurang balik orang. So kami pergi cari kedai seksyen 15, tutup pulak,pastu pergi ke seksyen 19, makan kedai asam pedas, kedai tu pun ramai orang, cuma asam pedas tak kena tekak, manis sungguh! dan tak sedap , kuah cair je. pastu ikan pari liat, tak boleh makan, dan bau hancing. agak mahal lah juga.

harini pulak, benda sama berlaku, tengok orang makan ABC dekat JJCM, so saudara ni pon datang sini, pergi lah seksyen 2 tu, sekali jam sungguh dekat area tu, tak pernah-pernah jam dekat situ, melainkan masa waktu balik sekolah. rupanya ramai pergi ke situ, nak makan ABC, beratur dekat kedai tu memang panjang, last2 kami makan kedai lain, dekat food court tu, ada dekat 10 kedai jual ABC, tapi yang satu ni masuk JJCM, so semua beratur situ, kami order kedai lain, memang sedap, ABC ni rasanya semua lebih kurang. Buat penat je beratur berjam-jam nak makan ABC. Sangat respek orang yan suka beratur lama just untuk makan, kalau saya, sama ada balik terus atau cari kedai lain, haha.


Ok, esok kejer! kejer! kejer! nasib minggu ni xde kena pergi luar, seminggu duduk opis, bos pon dah balik, opis kecik, staff sikit, so suasana tidak lah semeriah opis besar, tapi opis kecik, politik kurang lah kot. hehe


selamat malam, minggu depan, ramai kawan kahwin, semua kahwin tarikh sama, padahal minggu lain semua tak nak kahwin, ni sebab cuti sekolah lah ni. sekian.

Meh beli perfume, hahah

1 comment:

norhidana miswan said...

shah alam tu syurga mkn2 kan... kalu tgk jjcm banyaknyer kt shah alam, org bangi

selalu mmg gitu kan baru kuar jjcm bkn main ramai org caria kedai tu, tp kalu makanan tak ok lama2 org pun kurang dtg...