Wednesday, May 1, 2013

Saya layak bercuti!

entri sebelum ni cerita pasal nak marah je kan, terlebih emo pulak,tu lah masalahnya, kalau hire orang luar, jadi macam tu lah, nak suruh je belajar PR dengan mamak je, order semua senyum, salah order pun senyum, tu belum marah, senyum juga, tapi paling biadap kalau orang maki dia depan-depan, sebab salah order, selalunya melayu je buat macam tu, adalah beberapa kali jumpa macam tu.

Ok, sejak balik ni, saya rasa macam dah hilang arah kehidupan ini. masih buntu sebenarnya apa yang saya cari dalam hidup ini. Secara jujurnya, belum puas saya nak merantau, bila kerja, ada masalah tersendiri, bila belajar pun sama. Satu tahap, saya teringin nak bekerja diluar dari Malaysia, bukan sebab poyo, tapi saya nak kutip pengalaman.

Tapi masalahnya, semua nak buat, perlukan duit, mungkin another 2/3 tahun lagi, saya akan buat begitu. tidak kisah lah merantau kemana-mana, asalkan mendapat pengalaman.

Walaupun dah umur macam ni, patut setlle down dah! daha da bini anak berderet-deret, tapi otak ni masih belum kearah itu, walaupun selalu pikir akan benda itu. Rasa macam muda remaja je, hahaha. Banyak angan-angan saya, dan IAllah nak jadikan ianya realiti, perlahan=lahan kayuh dulu.

dan saya rindu sungguh tasmania!!!!!!!!!!!!! lagi-lagi launnie, mimpi pun sekarang asyik dekat launnie, dah xde mimpi scene dekat malaysia. omputeh abis! 



rindu rumah lama, dan jiran sebelah,hahah

2 comments:

zette said...

betul.. kumpul duit 2-3 tahun, then, amik cuti tanpa gaji, or benti..

terus pusing dunia dengan cara murah... bestkan...

m.u.l.a.n said...

why dont u balik sana semula & keje few yrs.. ok apa utk gain experience..