Monday, August 26, 2013

maid yang hilang disebalik sumatera

harini kesakitan perut yang melampau, so jawapanyya MC lah! yes, extend holidays! haha, so duduk rumah tidur je lah, sakit perut dah surut, kalau tak, nak tidur je dalam toilet. Tetiba tadi, kecoh tepi rumah ni, so perangai mak jemah sangat nak pergi siasat, sanggup drive kereta ketempat kejadian, padahal sebelah rumah ni (cross jalan), rupanya ada orang jumpa tengkorak, siapa lah kena bunuh, dalam kawsan semak, malam nanti tengok lah berita , kalau ada keluar.

So sekarang rumah ni dah takde maid, patutnya balik raya sebulan haritu, nak balik indon pon dengan slumber je kata dah beli tiket, tak inform awal-awal, last year pon raya balik, so nak buat macam mana, kami bagi je lah, janji nak balik sebulan, dan patut balik last week, so anak buah saya ni, pergi lah hantar nursery untuk sementara waktu, kena charge rm25 sehari, pastu dia call masa hari dia patut balik, kata tak dapat balik.

Alasan? kesian anak dia dan dah baik dengan laki dia (before dis bercerai sebab laki kahwin baru di malaysia), agaknya sekarang dia dah rela bermadu kot, tak tahu lah di kelentong ke apa, so far kejer, memang takde masalah, memang dia jenis beragama, memang sentiasa pakai tudung dalam rumah, ni lah jadinya kalau kita terlampau anggap mereka macam saudara sendiri.

hidup dekat rumah ni memang tak berkira, tengah tengok citer pon dia boleh tukar sinetron! nasib lah kadang-kala je buat macam tu. Makan pon sekali, takde pon nak makan asing. Paling buat sakit hati, sebab baru je renew permit dia ni, patutnya nak berhenti pon mestilah lepas abis permit, nasib tak bayar gaji bulan terakhir tu, but still!!! rugi, apa nak buat, dia pon ada keluarga, anak pon kecik lagi.

macam-macam lah kan.


dah nak masuk 6 bulan bekerja, tapi still tak confirm!, janji 3 bulan , pastu naik gaji, jika saya confirm nanti, boleh x nak dapat pending kenaikan gaji tu? minta pencerahan. nak cabut dari opis ni, tapi kesian! yer, kami staff semua kesian dekat bos, tapi bila bos tak kesian dekat staff, susah lah. bye.
anak buah saya pon stress 'makcik indon' dia hilang! haha

Sunday, August 25, 2013

Raya

Oh! sungguh lama tak update blog, perasan popular jap, terima kasih pada pembaca blog baru, sufri,hahah, selamat balik malaysia. sepanjang bulan ni, dan bulan depan, penuh jemputan orang kahwin, penuh! ada yang kahwin serentak sama tarikh, terpaksa buat pilihan untuk pergi yang dekat.

Dah musim orang kahwin, tu belum lagi open house, rasa perut ni dah nak meletup. kalau kahwin ni, saya akan pergi kalau orang ajak betul-betul, macam msg dekat fb or hp ke. Tapi ada yang main create event je, tapi tak jemput, memang saya susah nak pergi, kadang-kadang tak sedar orang kahwin, tetiba je dah kahwin, haha, so moralnya, siapa nak kahwin, jemput lah secara normal, tak semua orang 24jam mengadap FB, banyak nak tulis, tapi tahap malasnya sangat tinggi,


Selamat Hari Raya!

Wednesday, August 14, 2013

Sahabat dan Kawan

Semalam berFB, tepat 12 malam je, tertengok dekat FB, ada bday seorang kawan ni, dan kawan itu dah meninggal tahun lepas, tengok lagi wall hari ni, ada orang wish bday, masih ada yang tak tahu, saya bila lalu depan zoo negara masa raya tu, teringat arwah, sebab masa tu dia tunggu budak2 lain sampai dekat zoo, sampai dia bosan dan naik atas replika binatang dekat entrance door tu, seorang sahabat yang disenangi oleh rakan yang lain.

Saya pon terfikir, jika esok lusa saya mati, siapa nak deactive FB saya, nanti setiap tahun ada orang wish, so macam mana? masih dalam pemikiran.

Bila bersahabat ni, sentiasalah berhati-hati, tidak semua yang berkawan dengan kita itu adalah sahabat kita, dan tidak semestinya mereka yang jauh itu bukan sahabat kita. Alhamdulillah, ada sahabat yang sangat mengambil berat, kenal since tadika sampai lah sekarang, dan kami masih tunggu siapa nak kahwin dulu, walaupun mak selalu suruh je kahwin dengan dia , hahaha, tapi sahabat tetap memnjadi sahabat selamanya.

dalam setiap fasa kehidupan itu, pasti ada sahabat yang kita akan selesa, selesa seolah-olah mereka adalah refleksi diri kita, tapi tidak semua akan berkekalan, sebab ada yang singgah sementara.

Bila pernah percaya akan seorang sahabat, yang saya rasa kawan baik, tapi dalam diam, memburukkan sahabat sendiri, dengan cerita yang direka, rasa macam dalam drama RTM masa tu, tapi apakan daya, manusia ni ada macam-macam.

ramai kawan tu memang ramai, tapi yang akan menolong kita waktu susah? dan persoalan ini juga untuk diri sendiri. adakah saya pon menolong kawan waktu susah?

sama2 kita renungkan, dan selamat hari raya.


Dah tua ni, rasa betul2 tua, hahah. Dan pada satu tahap, saya malas nak ambil pusing benda yang lepas, jalan terus sahaja dan tinggalkan benda lalu, manusia pasti akan berubah dan tidak akan kekal selamanya, sedangkan orang kurus boleh gemuk, orang gemuk boleh kurus , inikan pulak perangai manusia.
seorang tidak bermakna kita keseorangan, Dia sentiasa ada

Friday, August 9, 2013

Eid Mubarak !!!

Selamat Hari Raya semua, kejap kan masa berlalu, Alhamdulillah, tahun ni, dah beraya kat Malaysia, selama 2 tahun (kejap je) beraya kat tempat lain, akhirnya dapat makan puas2. hahha

Saya raya di shah alam, raya dengan mak apak je, pastu baru lah gerak balik kampung, Key Ell (KL) di setapak, tu lah kampung saya dari kecik, kalau tak dulu raya dekat kampung semarak, dah kena roboh, raya lah shah alam, petang ke rumah makcik di cheras.

dah besar ni, raya memang tak meriah, pergi umah nenek, saudara semua kecik-kecik, pastu perempuan pulak, nak sembang apa, yang lelaki semua duduk UK, tu kurang meriah, petang pergi umah makcik baru meriah, sebab semua sebaya kan, kecik2 semua satu geng, bakar mercun, main bunga api, gi beraya sama-sama dan banyak lagi lah.

Kalau raya umah nenek, menu special mestilah putumayam + kari daging, saya tak berapa minat sangat, bapak saya memang suka, memang makan banyak. kalau umah lain, menu sama je, lontong dan lain-lain.

raya ke-2 dah ada kat shah alam, aman sungguh sekarang, kereta takde, boleh tidur, tu sebab banyak kes pecah rumah, tadi ada stu rumah kena masuk pencuri, malam raya petronas kena rompak, haih! apa nak jadi, orang melayu yang rmpak petronas tu.

Mestilah benda paling diingati, raya dekat perantauan, pukul 6 pagi!!! dah solat raya, pastu time winter, menggigil nak takbir , pak arab takbir raya laju je, takde lah nak mendayu macam malaysia ni. Lepas solat je, ada makan2, makan non stop, macam2 menu ada, malam raya akan bergotong royong masak, rasa macam seronok ramai-ramai, sebab saya family kecik, so kurang rasa macam tu, bila buat kerja ramai-ramai, mesti rasa seronok, tapi apa pun, raya dengan mak apak lagi ultimate bahagianya. Alhamdulillah.

so far, kutipan duit raya amat mengecewakan! hahah, adalah dapat total rm65 , tapi saya banyak lah abis duit, bagi ke budak2, takkan lah yang besar2 nak bagi bawah rm10, so saya ikut logik, ada rezki skit, jual perfume, kalau tak, memang salam je lah. heheh

selamat hari raya

menu wajib: putumayam

menu standard

raya ke-2 cari mamak, semua tutup, pusing2 jumpa satu bukak di tesco. 
last year, masa ada makan2 di city park, untuk raya celebration

Selamat hari raya!!!!