Friday, August 9, 2013

Eid Mubarak !!!

Selamat Hari Raya semua, kejap kan masa berlalu, Alhamdulillah, tahun ni, dah beraya kat Malaysia, selama 2 tahun (kejap je) beraya kat tempat lain, akhirnya dapat makan puas2. hahha

Saya raya di shah alam, raya dengan mak apak je, pastu baru lah gerak balik kampung, Key Ell (KL) di setapak, tu lah kampung saya dari kecik, kalau tak dulu raya dekat kampung semarak, dah kena roboh, raya lah shah alam, petang ke rumah makcik di cheras.

dah besar ni, raya memang tak meriah, pergi umah nenek, saudara semua kecik-kecik, pastu perempuan pulak, nak sembang apa, yang lelaki semua duduk UK, tu kurang meriah, petang pergi umah makcik baru meriah, sebab semua sebaya kan, kecik2 semua satu geng, bakar mercun, main bunga api, gi beraya sama-sama dan banyak lagi lah.

Kalau raya umah nenek, menu special mestilah putumayam + kari daging, saya tak berapa minat sangat, bapak saya memang suka, memang makan banyak. kalau umah lain, menu sama je, lontong dan lain-lain.

raya ke-2 dah ada kat shah alam, aman sungguh sekarang, kereta takde, boleh tidur, tu sebab banyak kes pecah rumah, tadi ada stu rumah kena masuk pencuri, malam raya petronas kena rompak, haih! apa nak jadi, orang melayu yang rmpak petronas tu.

Mestilah benda paling diingati, raya dekat perantauan, pukul 6 pagi!!! dah solat raya, pastu time winter, menggigil nak takbir , pak arab takbir raya laju je, takde lah nak mendayu macam malaysia ni. Lepas solat je, ada makan2, makan non stop, macam2 menu ada, malam raya akan bergotong royong masak, rasa macam seronok ramai-ramai, sebab saya family kecik, so kurang rasa macam tu, bila buat kerja ramai-ramai, mesti rasa seronok, tapi apa pun, raya dengan mak apak lagi ultimate bahagianya. Alhamdulillah.

so far, kutipan duit raya amat mengecewakan! hahah, adalah dapat total rm65 , tapi saya banyak lah abis duit, bagi ke budak2, takkan lah yang besar2 nak bagi bawah rm10, so saya ikut logik, ada rezki skit, jual perfume, kalau tak, memang salam je lah. heheh

selamat hari raya

menu wajib: putumayam

menu standard

raya ke-2 cari mamak, semua tutup, pusing2 jumpa satu bukak di tesco. 
last year, masa ada makan2 di city park, untuk raya celebration

Selamat hari raya!!!!

2 comments:

Arina said...

Auntie ucapkan " Selamat Eid ul Fitr al Mubarak buat Zul dan famili..." kalau buat open house tu jangan lupe jemput auntie ye...hehehe..

Fairy Lilly said...

Salam Aidilfitri...
Amboi..dah kerja pun ngumpul duit raya gak :P