Saya pon terfikir, jika esok lusa saya mati, siapa nak deactive FB saya, nanti setiap tahun ada orang wish, so macam mana? masih dalam pemikiran.
Bila bersahabat ni, sentiasalah berhati-hati, tidak semua yang berkawan dengan kita itu adalah sahabat kita, dan tidak semestinya mereka yang jauh itu bukan sahabat kita. Alhamdulillah, ada sahabat yang sangat mengambil berat, kenal since tadika sampai lah sekarang, dan kami masih tunggu siapa nak kahwin dulu, walaupun mak selalu suruh je kahwin dengan dia , hahaha, tapi sahabat tetap memnjadi sahabat selamanya.
dalam setiap fasa kehidupan itu, pasti ada sahabat yang kita akan selesa, selesa seolah-olah mereka adalah refleksi diri kita, tapi tidak semua akan berkekalan, sebab ada yang singgah sementara.
Bila pernah percaya akan seorang sahabat, yang saya rasa kawan baik, tapi dalam diam, memburukkan sahabat sendiri, dengan cerita yang direka, rasa macam dalam drama RTM masa tu, tapi apakan daya, manusia ni ada macam-macam.
ramai kawan tu memang ramai, tapi yang akan menolong kita waktu susah? dan persoalan ini juga untuk diri sendiri. adakah saya pon menolong kawan waktu susah?
sama2 kita renungkan, dan selamat hari raya.
Dah tua ni, rasa betul2 tua, hahah. Dan pada satu tahap, saya malas nak ambil pusing benda yang lepas, jalan terus sahaja dan tinggalkan benda lalu, manusia pasti akan berubah dan tidak akan kekal selamanya, sedangkan orang kurus boleh gemuk, orang gemuk boleh kurus , inikan pulak perangai manusia.
seorang tidak bermakna kita keseorangan, Dia sentiasa ada |
No comments:
Post a Comment