Sebenarnya, saya ni tak da lah benda nak dikongsi, so most of it, cerita balik pasal zaman belajar last year kan, so bila tengok video terbaru si mat ni, memang teringat zaman belajar, rasanya 90% pernah buat kat orang dan kena diri sendiri.
Part paling nampak sebijik, ialah time orang tabligh, dok asrama UM dulu, bila tau je ada tabligh, semua tutup lampu, lock pintu, bila beri salam je, semua buat diam, muzik pasang kuat pon slow, semua buat tidur kononya, hahaha, tapi sila jangan ikut perangai macam ini.
Bila duduk ausie, ingtkn dah tak ada tabligh, sekali datang rumah, terkejut bila buka pintu, orang melayu pulak tu, dengar lah ceramah diorang sampaikan, dekat sejam lebih lah, kebetulan housemate buat kuih keria, bagi lah makan, rupanya kuih tu liat giler!!!!!!!!!!! kami tak try pon dulu, sebab baru masak, patut tabligh makan seksa jer.
rasanya selama 2 tahun kat sana, ada lah lebih kurang 5 kali tabligh datang rumah, last2 suruh housemate cina buka, kata tak ada orang, tak pun bila baru bangun tidur, tetiba dengar ada orang bercakap luar tu, terus sambung tidur, tu belum yang kat atas rumah tu, terus senyap, ahaha, semua ni jangan ikut, tak baik!!
Semua jadi kenangan lah, mana saya rasa baik, saya kongsi, sebab mana tau, benda ni satu hari jadi ingatan bila dah tak ada.
Tu belum lagi kes, buat mat saleh rasa bersalah, diorang ni cepat je feel guilty kan, terus mintak maaf, kalau asian ni, memang dah biasa kot.
time rajin kuasa kuda, duduk dalam malap, sambil buat kerja, dengar radio ikim, pastu lapar, mana tak makin membesar |
nampak sama, tapi jalan kita berbeza,....... |
No comments:
Post a Comment