Sunday, December 1, 2013

Doakan sama-sama


Semalam baru balik menziarahi seorang junior di hospital selayang. Kemalangan pada minggu lepas, di lebuhraya karak. Kereta yang dinaiki remuk teruk, trailer melanggar dari belakang, sebelum itu, kereta rempuh 2 kereta yang lain, sebelum mengheret kereta budak ni .

Dia koma selepas itu, dan baru sedar beberapa hari lepas, dilihat pada kereta dia, memang sesuatu yang sangat teruk. Bila menziarahi dia semalam, saya rasa nak nangis, tengok keadaan dia, memang tak kenal, dan tak pernah jumpa. Dia dah sedar, tp matanya masih tidak mampu melihat, tidak mampu bercakap, dan badan masih belum mampu bergerak sepenuhnya, cuma badannya menggigil menahan kesakitan.

susah saya nak gambakan keadaan beliau, akibat hentakan kuat di kepala, dia hilang memori ,dan hilang keupayaan yang lain. Tengok mak dia semalam, sayu hati, mak dia duduk temerloh, tak balik rumah since anak dia eksiden, 24/7 jaga anak pengorbanan yang sungguh besar .

InsyaAllah dia akan sembuh, tapi memerlukan satu tempoh tertentu, mungkin 2 minggu, mungkin 1 bulan, mungkin setahun, hanya masa menentukan, buat yang membaca ni, sama-sama masukkan doa untuk supaya adik ini cepat sembuh, Syed Aiman. Sama2 kita doakan.
diambil dari FB

dari FB syed aiman dengan ibunya


3 comments:

NEKCIK said...

insyaallah semuga Allah berikan kesembuhan segera pada syed aiman..aamiin

Zulfadly said...

amin, mg dia cepat sembuh

Azian Elias said...

ALLAH gives syifa to him. AMEEN..