Wednesday, December 6, 2017

Hong Kong

Bulan lepas ke Hong Kong sebab ada kawan masa study di OZ kahwin. Memang orang sana. Patutnya pergi berdua dengan wife, tapi disebabkan kesihatan dia, terpaksa lah pergi seorang.

Pergi hari Jumaat balik hari Ahad. Patutnya nak lama lagi, tapi sebab seorang je, pendekkan waktu, so bila tukar tiket, kena tambah rm300, so total hangus tiket rm800 juga lah.

Penginapan

Saya duduk di ara Kowloon, memang kawasan hotspot, semua benda dekat, duduk hostel je, ambil bilik seorang, rm150/night. Tu paling murah. Hong Kong ni semua serbi mahal. 

Hostel saya dalam Chungkin Mansion, kalau baga review, memang ramai cakap kawasan black area, secara jujurnya memang pon!!!!!

Dalam mansion ni ada 3 blok, dan setiap blok ada 2 lif (ganjil dan genap), lift u boleh muat 5 orang je. Nak naik ke bilik, lama menunggu dan terpaksa beratur lama. Kalau ada duit lebih, pilihlah hotel proper.

Bilik saya kecik, solat atas katil, aircond berbunyi kuat macam bangunan nak roboh, toilet sangat kecik. Tapi itulah pengalaman, nak jimat sangat. Kebetulan kawan yang kahwin, buat majlis berhampiran kawasan saya stay, so jalan kaki je.

Public Transport

HK ni public transport memang tip top. Boleh beli octpus card dekar 7-E, dalam HK138 rasanya, value pon HK138, kalau beli di aiport, HK150 dan value hanya HK100 dan lagi HK50 sebagai deposit. 

So better beli dekat 7-E minta Octopust Card for tourist. Octopus ni semua boleh guna, dari tram, bus, train/MTR dan ferri. Saya memang cukup2 guna kad ni. Alhamdulillah tak membazir.

Makan

Ni paling best, duit saya 80% habis ke makanan. HK memang mahal!!!!!! Nak cari makanan halal senang je, google halal food nanti banyak lah keluar, paling sedap saya makan ialah duck rice and lamb curry dekat Bowrington Road , kedai ni dalam pasar dan di food court. 

Sepanjang di HK, saya ada kawan yang memang stay sana, so dial ah bawa ke semua tempat, saya ikut je keman dia bawa

Secara keseluruhannya, HK ni sangatlah mahal, nak datang lagi? Maybe next 5 years kot. Sebab saya pernah ke Taiwan, rasa macam lebih kurang je.

Some tips kalau ke HK

  • Dekat Terminal 2 ada common prayer room, boleh lah guna untuk solat
  • Masjid di HK ada beberapa buah, ada di Kawloon dan juga  Wan Chai, kalau Wan Chai ada Usman Majid, situ ada halal restaurant
  • Plug di HK ni sama macam di Malaysia
  • Pakai lah kasut selesa, HK bergerak pantas
  • Download lah apps HK, senang nak guna train dan nak kemana-mana
Itu je lah, kalau ingat saya update lagi.













No comments: