Thursday, August 30, 2018

Minggu Haluansiswa

Sekarang banyak IPTA terima pelajar baru. So bila ada new intake, for sure ada orientasi week atau lebih dikenali sebagai minggu haluansiswa.

Tiap kali saya ingat ni, mesti teringat kisah masa buat degree di UM. Masa asasi di UM, orientasi seminggu, tapi bagi saya ok lagi. Tapi bila buat degree, orientasi seminggu tu rasa mcam masuk neraka dunia. Until today saya memang sakit hati dan benci dengan fasilitator masa tu.

Sepanjang minggu tu, kena berlari-lari ke dewan utama dari kolej kediaman (ikut masa), kena menyanyi dan bersorak dari pagi ke pagi buta. 

Mungkin nampak biasa, tapi yang buat sakit hati sepanjang masa kena maki. DiMAKI oleh fasilitator atau abang dan kakak senior. Sebenarnya mereka ni dalam karekter masing-masing. Nak kena tunjuk diri tu garang, tapi bagi saya tak kena tempat.

Macam-macam ayat keluar dari mulut diorang. Sampai ada yang bergadoh. Paling kesian ada pelajar baru yang sudah berumur diperlakukan begitu. Kalau nak luah, panjang berjela, bila tulis ni pon masih sakit hati. Sangat biadap melayan pelajar, 

Teruk dan sangat teruk. Bila sambung master di OZ, saya pon takut benda sama berulang, tapi alhamdulillah, 'O' week yang sangat best. Tak perlu kena maki, tak perlu kena nyanyi lagu sama seminggu. Tak perlu kena ketuk ketampi. Tak perlu kena berlari-lari dalam barisan sambil bawa beg sandang, payung, pakai sweater wajib dan topi kolej.

Hahahah, Sakit hati wei!!!

Ni gambar masa di OZ. Meriah dan tak perlu stress lah hai 

Done.





Salam Kemerdekaan Buat Semua & Terima Kasih untuk setiap komen/doa. Amin



Saturday, August 18, 2018

HOSPITAL

Sekadar coretan untuk kenangan

Minggu lepas Mak masuk hospital sebab Bronchitis, sehari lepas tu, anak pon masuk ke hospital disebabkan batuk berkahak.

Mak dapat keluar selepas 10 hari manakala anak saya lepas 6 hari. Alhamdulillah both of them recovery.

Semalam lepas balik ambil anak, anak muntah dan nampak layu sangat, terus bawa ke EMERGENCY hospital.

Ya, sekarang dah 2 malam di hospital, dah 2 kali hujung minggu di hospital. Jujurnya mental sangat penat, tapi ini hanya lah dugaan kecil. Alhamdulillah anak saya makin pulih.

Musim penyakit berjangkit.

Sekian

18/08/2018
8.52 PM
Ward 355

Saturday, August 11, 2018

Doa Untuk Lombok

Bila tengok FB kata Lombok kena gempa,
ingatkan gempa seperti biasa,
tapi rupanya menyebabkan ramai kematian.

Pernah ke lombok lepas lahwin, 2016.
Pergi honyemoon
dekat sana memang cantik,
ingat lagi staff airasia di  lombok,
bila dia tau kami datang honeymoon,
siap wish dan berdoa untuk kami.
manis

sama-sama doakan keselamatan penduduk lombok di sana
majoriti adalah Islam.



** terima kasih untuk setiap titipan doa untuk Pakngah

Wednesday, August 1, 2018

27.07.2018

27.07.2018

Tarikh yang akan diingati,

perginya seorang insan yang sangat disenangi,

pakcik yang sentiasa dekat di hati,

AlFatihah buat Pak Ngah. Terasa sangat kehilangan, kali terakhir sedih macam ni masa Maktok meinggal 2011.

Mohon sedekahkan Alfatihah untuk arwah pakcik saya. Moga syurag ditempatkan.