Nak kongsi pengalaman buat passport anak di UTC Shah Alam. Dulu tempat ni dikenali sebagai Anggerik Mall, memang sendu sesendunya. Tapi now dah jadi UTC untuk buat semua dokumen atau urusan berkaitan kerajaan.
Buka hingga 10 malam setiap hari ya. Details waktu kena google. Saya pergi hari Sabtu around pukul 5 petang ssebab nak buat pasport anak. Kalau imigresen di aras 2, kena naik lif yang comel di tepi bangunan atau gunakan escalator yang rosak (ground ke 1st floor sahaja). Bila sampai2 je nombor giliran telah habis. Sadis tak?
So sebelum balik buat lah polis report sekejap, level G ada balai polis, ni kes nama kena guna untuk daftar teleforn postpaid. Settle.
Esoknya datang balik, kali ni sampai pukul 9 pagi, manusia dah ramai yeeee. Nombor masih ada. Saya pon nak renew pasport, dapat dua nombor berasingan untuk saya dan anak. Giliran anak dalam 4 je lagi, saya pulak almost 200++.
Baru nak duduk isi borang dah kena panggil, bawak lah anak saya buat passport, susahnya nak suruh tengok kamera. Saya pon dapat buat sekali, logiknya takkan nak bagi bapak tunggu lama2 kan. Semuanya mudah. Layanan staff imigresen memang tip top. Sangat berhemah.
Apa perlu bawa?
Salinan surat beranak anak dan salinan IC bapak sahaja. Kedai fotostat ada ye di level 1 dan G atau level 2
Kalau renew bawaklah pasport lama tu
Tips:
Parking disini sangatlah mahal, dulu masa tak ada orang murah je, Sekarang sejam pertama RM2.00, next sejam seterusnya RM1. Melampau mahal. Tak ada maksimum rasanya. Dah lah parking kurang. Kalau datang sila park SACC MALL lah, jalan sikit. RM2/entry for weekend. Time tak ada orang nak dapat duit parking pon susah, ni dah ramai, naik pulak harganya. Mengarut
Sila datang hari biasa, memang tak ada orang kalau lepas pukul 8malam, tu yang staff situ bagi tau, nak habiskan 150 nombor pon susah. Tapi kalau weekend memang ramai sangat, nombor 400 pon tak cukup. So datanglah hari biasa.
Foodcourt ada di level 1, cari kedai masakan utara, kari melayu terbaik! sedap.