Monday, February 13, 2012

KL

Hari ini pergi ke KL, sebab nak uruskan pasal pinjaman pelajaran, minggu depan dah nak balik kesana pulak. Sebenarnya, dah berbulan-bulan nak settlekan pasal benda ni, samapi sekarang, tak settle lagi, 2 minggu lepas pun pergi nak tanya pasal ni, tapi dia kata ada masalah dengan sitem, dan suruh call nombor yang dia kasi, lepastu, sepanjang 2 minggu lepas, call pejabat x pernah angkat, pelik, bagi nombor tapi x pernah nak angkat, kena pergi direct ke opis, baru lah, semua kejer berjalan, setakat call ni, x mau dilayanya. ,

Macam biasa, if nak pergi KL ni, selalunya naik Komuter je, sebab malas nak tempuh jam dan paking yang susah dan mahal tu. dari shah alam ke KL amik masa dalam 1 jam, agak lama lah jugak. So macam-macam ragam manusia dapat dilihat disini:

1.awek kejer gomen ni, pakai tudung lip lap, pastu ada kerongsang berjuntai panjang dekat sanggul dia, pastu yang berjuntai pendek dekat kiri kanan pipi tu, pastu kerongsang dekat tengah, dan lagi satu kerongsan dekat kiri kanan dada tu!, adoi!!!!! banyaknyerrrrr. maybe cantik kot, (untuk makluman, merka ada 2 orang, dan 2-2 mcm tu)

2.masa lalu satu bridge ni, selisih dengan orang berbangsa lain, dan bukan melayu, pakaian dia memang nampak lusuh dan nampak seperti orang yang mempunyai masalah mental, dan bertongkat, yang peliknya, dia memegang buku yasin di tangan.........................

3.ada pelancong jepun, nak keluar dari komuter, tapi x boleh, sebab bila pintu buka je, orang berebut masuk, dan mereka ialah pendatang asing!

4. naik komuter seakan-akan berada di india, dhaka, myanmar, jakarta............

5.seoang lelaki muda arab ni, duduk dalam train dan isi masa lapang dengan membaca alquran mini, indahnya perilakunya.

6.bila ada pendatang asing yang rasa malaysia ni negara dia, duduk dalam train , tapi kerusi yang kosong letak beg dia, padahal orang x cukup seat nak duduk, maybe negara dia x ada train kot

7.bila pendatang asing ni, cakap dekat hp, pastu cakap kuat giler, macam ada mic dekat celah gigi dia

8. pelik, pakcik ni, orang indonesia, tapi boleh bawa teksi, dan tadi, teksi kena tarik oleh DBKL, sebab paking sukahati dia dan kenapa dia pakai uniform UM!!!!!!!!!!! masa bekerja

9.berurusan dengan orang kerajaan ni, adalah perkara yang paling susah dan sanagt rumit, bukan pertama kali, tapi dah banyak kali mengalami pengalaman ini, maaf saper yang terasa, hanya untuk mereka yang berkenaan sahaja

10. banyaknyer aku komen orang, btw, diri sendiri pun lebih kurang kot, cuma view dari orang lain, muhasabah dirilah selalu

scene kelakar arini:

ada satu famli indon ni, nak g bangi, sekali dah sampai shah alam, baru perasan salah naik koc, pastu mak dia pon cakap dengan kuatnya

mak indon tu: yok! terus pulang ke indon saja macam ini yok!

hahahah..........sekian

4 comments:

kakcik said...

Alamak! train tu boleh sampai ke Indon ke? Nak juga merasa naik...

umiyumi said...

Salam Zul, awek yg pakai kerongsang tu cun tak? bole le ngurat kan haha ntah la k umi pun tak reti mcm mana diorng pakai, tambah yg jenis sanggul2 dan belit2 ni mungkin sbb gaya skrg mcm tu kot..

pasal pejabat kjaan tu mmg la kdg2 call tak berangkat dah tu asyik kena pas2.. tp bukannya nak kata, byk jugak ofis besar2 mcm tu tak caya try call bank :p

Zulfadly said...

kakcik: kalo boleh samapi, nak je suruh semua balik sana terus,hahah

Zulfadly said...

kak umi: awek tu.........ok lah hahaha
memang pon, susah nak deal, tapi dulu masa kejer deal dgn gomen ni, memang leceh, huhuh, swasta pon lebih kurang kadang2 gak,hehe