Saya rasa saya sudah jatuh cinta, tetiba perasaan ini rasa lain je, memang sah lah saya sedang dilamun asmara, hahaha, ayat sungguh geli! sebenarnya, sejak akhir-akhir ini, saya rasa saya sudah mula sayang Launceston, saya rasa sangat tenang dan aman duduk disini. memang kawasan ini sangat kampung, tak banyak hiburan, tapi benda itu lah yang buatkan ianya seronok untuk tinggal.
Penduduk disini memang ramah, walaupun yang racist tu lagi banyak, memang budaya mereka, jika jumpa orang, akan bertanya khabar, kalau bayar dekat cashier tu, mesti akan bersembang, mereka tak pernah masam muka, tak macam cahsier di Malaysia, dan mereka bila kita mintak tolong, mereka akan tolong bersungguh-sungguh. Banyak juga kejadian yang membuatkan saya respect budaya mereka.
Disini kalau weekend, banyak kedai tutup, sebab mereka suka duduk rumah bersama family dari keluar berjalan-jalan, kedai pon bukak samapi pukul 5 ptg je, malam memang mereka duduk rumah, melainkan malam jumaat, mereka berparti.
dan paling ketara, mereka memang suka cakap ayat manis, dan suka memuji, sebab mereka sangat apreciate setiap hasil kerja kita, walaupun ianya sangat teruk, bila ditulis disini, bukan bermakna segalanya dimsia adalah teruk, tapi ianya membuka mata saya untuk memperbaiki diri, sedangkan saya ni, Islam dan Melayu, byk sungguh tabiat buruk, tapi mereka yang berlainan agama, masih mempunyai sifat menghormati tinggi sesama manusia.Hanya pendapat seposen saya.
Dan benda paling saya suka, berjalan ke city, wlaupun jauh, tapi bila jalan memang seronok, tak rasa penat sebab view yang cantik. Jalan pon tidak jam denagn kereta, kalau jam, maknanya kawasan ni dah maju! hahaha
Saya memang sarankan kepada sesiapa duduk ausie, datang lah ke Tassie ni, dan yang nak melancong pon, datang lah sini, saksikan ciptaan Allah, sanagt indah,tak perlu ke NZ, hehe. Saya akan merindui Tassie, my love now!
|
tengok tangga ni, teringat dalam movie |
|
jalan memang sentiasa lengang macam ni |
|
kalau dekat city, orang memang tak ramai |
|
banyak bangunan lama yang masih dikekalkan, not like Malaysia, honestly! |
|
dirumah |
|
city park, dah tanda2 spring |
*saya sentiasa berdoa, jika dia ditakdirkan untuk saya, moga Allah dekatkan hatinya dengan hati saya, satu langkah kecil, IAllah, memberi satu ruang yang besar untuk masa depan saya, Amin.