Tetiba nak share sedikit info, pada sesiapa yang planning nak datang Ausie, mula sekali, boleh lah apply ETA secara online, ETA ni visa yang valid for 3 months, kalau nak murah, boleh apply dekat agent pelancongan, saya dulu applykan for my parents dekat Amcorpmall, tak ingat nama agent tu, dalam RM20 seorang, kalau online, dalam $20 seorang.
rasanya ramai sedia maklum, kastam dekat Ausie ni memang leceh, sangatlah dia cek segala benda yang kita bawak. yang penting, apa kita bawak, kita kena DECLARE, walaupun benda tu kita rasa kecil je, sangat penting, ada kes kononya tak nak declare, takut kena rampas, macam milo 3 in 1 tu,pastu kena denda dalam $200++ mcm tu. Barang makanan boleh je bawak, tapi tidak semua lah, benda hidup macam haiwan, tiumbuhan/buah tu, memang tak boleh, pastu benda yang berkayu pon tak boleh, dan paling tak boleh iyerlah benda tenusu, segala keturunan susu diharamkan, tapi kadang-kadang, ada je terlepas, ikut nasib.
Kalau kita declare barang semua, kastam tak akan cek sangat, dia just akan tanya je,dan jawablah dengan ikhlas, pastu dia lepaskan je, lagi-lagi if time tu, orang ramai giler. so far, saya takde problem dengan kastam, bawa makanan semua lepas je, dan lagi satu, mesti ada label dalam English, kalau takde, buat sendiri.
Jika nak datang Tasmania, lain pulak syaratnya, masuk kesini lagi ketat, langsung tak boleh bawak masuk buah.tumbuhan dan kayu ke Tasmania, bila keluar airpot tu, akan ada anjing kesan kalau ada makanan ke, memang tasmania ni diorang jaga kaw-kaw punya. tak boleh bawak benda dilarang dari mainland, kalau bawak, kena buang, macam bila mak saya datang, bawak buah dari melbourne, tapi kena buang bila sampai, sebab mereka takut hasil tanaman di tasmania ni rosak oleh serangga dari mainland.



Lagi satu, if naik Jetstar ke, sila lah timbang beg anda betul-betul, kalau hand carry tu, dua barang je boleh seorang, kalau pegang novel tu, dia consider satu barang, saya pernah kena, mak saya bawak beg camera, handbag dan beg kecik, pastu dia consider sampai 3 barang, selalunya handbag tidak dikira, terpaksalah cek in beg tu, kena bayar dalam $200++ masa tu, but berhati-hati Jestar punya staff ada yang kurang ajar! (sebab dah 3 kali kena layan teruk, sangat racist), but still naik sebab murah. hehe itu je lah, duit tu tukar lah siap-siap dekat Malaysia, sini mahal!