Wednesday, September 5, 2012

Hilang Diri

Sekarang saya rasa diri sangat serabut, pelbagai perkara bermain dikepala ni, salah satunya dengan design, bila rasanya saya makin jauh ketinggalan, bila crit dengan lecturer, dia hanya kata OK je, takda lah pulak kata tak OK, tapi hakikatnya banyak sugguh problem.

Bila kawan saya datang sini, patutnya bawak jalan lah, tapi saya memang serabut, tak tau naper makin lama makin teruk, stress tu makin meningkat. Saya tersedar satu perkara dalam diri saya, yang buatkan saya rasa sangat menyesal, saya sejak akhir-akhir ini, cakap terlampau banyak benda tak berfaedah, banyak sangat nak komplen, banyak sangat tak puas hati, banyak sangat berlawak, banyak sangat citer pasal orang lain, saya rasa macam diri saya teruk sangat, naper perlu saya jadi begitu!!!!!1

sebab perkara ini, saya rasa sangat tidak tenang, saya perlu banyak mendiamkan diri, bercakap bila perlu, FB dan twitter pon saya rasa saya tidak perlu lagi, di kedua-dua benda ni, membuatkan saya seperti seorang yang riak, post pelbagai gambar dan komen, kadang kala komen itu sangat tidak sensitif, mengpost gambar yang seperti menunjuk-nunjuk, manakla di twitter, bila saya post makanan pon, saya rasa itu sungguh riak, entah lah, saya memang perlukan masa berseorangan, saya serabut, saya banyak sangat berfikir bukan hal saya.

banyak benda disekeliling saya membuatkan saya stress, saya perlu bertahan untuk beberapa bulan lagi, saya akan tutup FB dan twitter saya, walaupun ianya sangat bagus dalam mengeratkan silaturahim dengan kawan lama, tapi kadangkala ianya sangat teruk!

dan banyak juga orang asyik tanya pasal isu bila nak kahwin, dah ada awek ke? suka siapa? kalau sekali dua, boleh lah saya terima, tapi kalau dah terlampau banyak kali, saya pon naik bosan, lagi-lagi bila saya tidak mahu menjawab, dikatakan saya ini gay, didepan orang ramai pulak, mungkin berlawak, tapi jika dah banyak kali berkata begitu, saper tak sakit hati, mungkin situasi itu juga yang selama ini berlaku pada orang lain, disebabkan saya berlawak??? jangan sempitkan minda jika tiada awek, anda seorang looser, dan seorang gay,

Mungkinkah saya terlalu SENSITIF dengan bayka perkara kecil ini?  mungkin........

Masih jauh lagi jalan saya pilih ini, menghampiri satu peringkat seterusnya, agar saya boleh terus melangkah kedepan, dan jika saya mampu berlari sekarang, kenapa saya perlu berjalan diwaktu ini, usaha tiada yang mustahil, jaya tiada yang jauh, asalkan kita tau dimana dan bagaimana diri kita.

hanya sebuah perkongsian di alam maya, untuk sedikit sebanyak melegakan hati, dan menjadi tatapan untuk masa hadapan. IALLAH

3 comments:

Mulan said...

ada masa & ketika, semua orang pon akan ada berperasaan gitu.. percayalah pada qada' & qadar serta redha dgn segala dugaan/rezeki yg dilimpahkan Ilahi..

dulu2 pon adakalnya (selalu) begitu, but lately (plus dah tua2 ni) kena lah terpaksa berpikiran begitu.. supaya tetap kekal redha & sabar dgn limpahannya.. percayalah adanya rahmat di sebalik segalanya..

take care & all the best..!!

umiyumi said...

alamak sori la kalau k umi pernah menyinggung hati zul, kalau pernah tanya mcm tu. isk.. jgn amik hati ya zul?

biasalah manusia ni akan bertanya tak habis2, nampak kekurangan pada org. sebenarnya diri masing2 byk yg kurang. jgn tension pasal study. k umi pun ada masa agak lost.. taktahu nak fikir, ni nak balik sekejap utk holiday. yahooo!! :)

hopefully balik semula ke sini ada semangat sikit nak teruskan life kat sini. teruskan perjuangan!

Zulfadly said...

kak mulan: tq banyk2!
kak ummi: xpenah pon kak ummi, IAllah, thx a lot!