Thursday, September 6, 2012

Spring: Memancing!

Selalunya jika ada tetamu datang kat launnie ni, kami akan bawa pergi memancing, itu memang aktiviti wajib, tak kisah lah, siang ke malam, or winter ke, memang akan bawa, selalunya ada hasil lah.

So bila kawan saya datang, saya bawalah pergi memancing, dua tempat, satu dekat je dengan rumah, lagi satu agak jauh, dan hasilnya agak ok lah, boleh makan untuk 6 orang, hahah. 1st trip pergi memancing di Hillwood, sungai air masin, ni memang pot student sini kalau pergi memancing, sebab dekat, dapat lah dalam 5 ekor ikan, ada ikan cod, salmon ausie dan flathead. Mancing dari pagi sampai ke senja.

Hillwood







2nd trip pergi ke Lowhead , yang ni mancing di laut, sebab kononnya nak pergi candat sotong, bulan penuh katakan, tapi pergi mancing ikan dulu, dapatlah ikan cod juga, banyak pulak dapat tu, yang paling best, bila housemate saya dapat ikan barracuda /ikan parang, 2 ekor lagi, panjang pulak. Lepastu pinda pot lain, nak candat sotong, hasilnya sangatlah hampeh! sekor sotong pon tak nampak, semua tido kot, pastu balik lah dalam pukul 3am. Masa balik tu kabus sangatlah tebal, tak pernah setebal ni, tapi nasib baik dah Spring, memang cuaca tak sejuk, tapi agak sejuk lah jigak. Pastu berangin, tapi tidak lah sesejuk masa mancing time winter haritu.

Lowhead
persediaan sebelum memancing

barracuda

ni pulak nak candat sotong, sekor pon tak nampak




Dan esoknya, buat makan-makan sebab kawan saya pon nak balik malaysia, masak ikan yang ditangkap, ikan barracuda masak asam pedas, manakala ikan cod masak steam je, sebab isi dia sangat lembut dan mudah hancur. Maybe sabtu ni nak pergi memancing lagi, dekat East Coast pulak, tak tahu nak pergi ke tidak, tapi kalau nak release tension, boleh lah pergi. 
hasil tangkapan 2nd trip



*terima kasih diatas nasihat dan kata-kata semangat, IAllah, saya kuatkan diri.

3 comments:

umiyumi said...

salam zul,
wah sejuk2 pegi mancing? huuu tabiklah.. k umi teringin nak pegi, tp tak tahan sejuk. kena angin sejuk sekejap je rasa nak demam dah :p

norhidana said...

lenkali tayanglah gambar yg dh siap msk tu ek

Zulfadly said...

kakumi:hahaha, sekali sekal, lagipon tgh spring break
kak hidana: dah tayang dah, heheh