Saturday, September 22, 2012

Penat!

Sunnguh busy lah minggu ini, rasa nak bernafas pun susah! lagi sebulan nak final, kerja makin banyak tak siap, drawing masih lagi tak siap, planning still tak dapat approval dan banyak lagi tak settle, jiwa pon tak tenteram, sekarang, 24jam design je, kalau tengah makan pon, otak ni still fikir design lagi , memang begitulah budak arki kan.

Khamis lepas, ada presentation dengan arkitek, ok lah, but still banyak kena solve before can produce finaldesign! semalam pulak, ada futuregrad workshop, dari pukul 9am hingga 5.30pm! memanjang talk, rasa naik tepu, pastu speaker dia semua orang sama dalam setiap sesi, untuk wkshp ni, kena bayar $15 untuk catering, patutnya tak yah mintak rasanya, sebab diorang yang anjur, tapi mintak student bayar, dah takde duit dah kot.

masa morning tea tu, dia bagi makan biskut yang dicampur letak dalam pinggan, pastu ada lah buah-buahan dan sedikit muffin (budak dalam 60 orang but muffin 6 je), dan bagi minum air kopi n tea, pastu ada juice (ini brand pasaraya punya). lunch pulak, air yang sama, pastu ada lah sandwich (more to finger food) sedikit sushi , pastu dia ada masak tart dan buah, petang pulak, recylce menu morning tadi. dan itu untuk $15!, kalo nak bagi makanan macam ni, tak perlu rasanya nak mintak duit student, budak local pon boleh complain sebab makan macam ni.

tapi itu memang style makan sini kot(atau skool ni je) kalo event, dia memang bagi finger food je, semua snack beli  kat coles, kalau perut orang malaysia memang tak kenyang lah kan.Tapi bagi orang putih, dah kenyang lah.

Compare dengan kat Malaysia, pagi makan nasi lemak, pastu lunch nasi briyani, selingan makan karipap, minum petang makan meehun! mana tak gemuk!hahaha, tapi sebenarnya, makanan yang disediakan tu, ok jer, kalau makan giler berat, mengantuk lah semua, makan tu walaupun sikit, but kenyang lah jugak minum air banyak.

Malam ni ada event untuk semua orang malaysia dekat sini, ada pesuruhjaya tinggi nak datang, makan malam, ingat nak pergi, tapi kena bayar $70 seorang, pastu jauh pulak(2jam dari rumah), dengan kerja menimbun, memang tak pergi lah, mahal sebab nak sediakan makanan halal oleh puhak hotel, tu jadi mahal, kalau tak, lagi murah.
Pelangi Senja


ini ada game malam punya session


**airasia promo, beli jangan tak beli!

2 comments:

ishamizu said...

Salam

Mahal jgk cost living kt sana ye Pali huhu. nway good luck for your final k! :)

NEKCIK said...

Berusaha, berdoa dan bertawakkal..insyallah semuga berjaya...
airasia promo ni mmg menggoda menggoda...hu...hu...