Monday, November 19, 2012

Georgetown tapi bukan di Penang

memancing adalah aktiviti yang perlukan modal yang palin kecik, tapi kalau darab dengan 3, ia jadi mahal! hehe. bila dah tahap bosan, memang pergi memancing je lah, rasanya last week, pergi memancing hampir setiap hari, dah hitam dah ni, last saturday, kami memancing jauh skit, about 30 minutes from our house drive, dekat area Georgtown.

Bandar ni kecik je dan sangat lah comel, tapi siap ada kedai branded lagi, tak tau lah saper beli, sebab kalau pergi sini, memang tak nampak orang semua duduk dalam rumah je, sini rumah semua tepi pantai, lawa sangat, dan air laut sangatlah jernih, bukan macam dekat PD.

Bila memancing ni, kalau tetiba ada dengar bunyi bising, mesti budak-budak asian, local pon naik rimas tengok asian ni asyik memekak, kalau dapat ikan, lagi ah bising, selalunya yang bising ni 'Cha Ya Nun Alif ' lah, maybe diorang dah biasa kot, heheh.

Dan hasilnya, dapat rumpai yang banyak, ikan yang sikit, buat penat tarik je, sekali dapat benda tu, ikannya dapat lah sikit, saya dapat ikan pelik, apa tah nama, ganas sungguh muka dia, pastu ada budak kecik local ni kata, tak boleh makan, beracun, so lepaskan lah, kami aim nak dapat barambudi, tapi takde rezki lak, kena pergi lagi after this.

jernih


bawa bekal nasi lemak, tak dapat ikan, dapat lemak lah jadinya








saya panggil ikan jahat



Mari kita doakan untuk Gaza #prayforgaza

2 comments:

Mulan said...

cantik..!!! rasa syahdu je kalo kat sini kot..

Zulfadly said...

a ah, best duduk sini, hhehe