Monday, December 31, 2012

Bye 2012 and Hello 2013

Tinggal lagi beberap jam sahaja akan masuk ke tahun baru masihi, tandanya juga, makin hampir lah nak balik Malaysia, IAllah, jika tiada aral, balik Malaysia end of Jan, but ticket still tak beli lagi.

Setahun ini, macam-maca berlaku, tahun paling getir, risau sepanjang tahun, sebab nak lulus dan target nak grad tahun ni, dan Alhamdulillah, tamat sudah perjalanan saya sebagai pelajar, dan tentunya, saya bangga dengan apa yang saya capai, berkat doa dan pertolongan pelbagai pihak.

Rasa sungguh cepat masa berlalu, dah nak masuk tahun yang baru, tahun depan sudah menjadi pekerja semula, architect? maybe, masih belum direncanakan perjalanan saya, masih dalam perasaan nak bercuti.

Dan bermakna, umur saya bakal meningkat dalam beberapa hari sahaja lagi! tuanya dahhhhhhhhhhhhh! dan mengharap dipenghujung tahun 2013 nanti, saya ke satu peringkat yang lain untuk kehidupan saya, IAllah, masih banyak perlu diusahakan, tetiba balik bukak kedai makan ke, tetiba balik pergi melancong ke, or terus kerja, masih tidak tahu, mana datang dulu, itulah saya lakukan, sebab saya yakin, itu jalan diberi olehNya.

Hari ini seorang lagi penduduk kampung Launnie  balik, makin sunyi, new year pon tak pergi mana, ada konsert dekat park, tapi artist semua tak pernah dengar, baik duduk rumah layan running man je, hahah. Harini pergi bank, menutup akaun bank travel NZ haritu, boleh lah guna untuk beli tiket balik, nanti balik akan turun Sydney dulu, lepastu balik Malaysia, dan buat pertama kali juga, akan bertemu anak buah, si bam-bam di Australia! kecik-kecik dah travel!hahah

Buat semua, wishing u a fabulous 2013 ! and sayonara 2012.

Dan Alhamdulillah, azam saya untuk grad tercapai!...........
summer:makan buah lah kenyang, $1 manggo, besar giler



Zack: Launnie/Lonnie singkatan from Launceston, tasmania,Australia

4 comments:

umiyumi said...

Salam Zul,
mkn puas2 mango sini, ceri dan anggur yg dah start byk sekarang. nanti balik mesti rindu semua ni.. isk k umi pun tak dpt bayang sampai masa nak balik nanti, sedih dan suka bercampur baur. nak tinggalkan rumah yg didiami sekian lama..

fairylilly said...

untung la beli mango dengan harga $1. Puas makan. Kat sini dahlah mahal, berubah2 pulak tu...sometimes aud2.98 or aud3.49.
psst...buka kedai makan? Tu la bila pi merantau ni, bukan hanya dapat grad certificate, malah ilmu memasak jugakkan ;)

Mulan said...

Happy 2013...!!! Happy & healthy always..!!

Bestnya mango murah & fresh...

NEKCIK said...

Tahniah Zul semuga terus menempah kjayaan dalam hidup di dunia dan juga akhirat...insya Allah...