Friday, December 14, 2012

The Hobbit !

Sambung balik cerita NZ, masih kepenatan bawa family jalan-jalan, walaupun dekat je, mak ngan ayah dah tak larat, balik rumah makan pastu tidur! mana tak gemuk balik Malaya nanti,hehe.

Masa dekat NZ tu, kami pergi ke Matamata, semata-mata nak pergi tengok set pengambaran filem The lord of the ring dan cerita The Hobbit. Cerita ni rasanya akan keluar hari ini. Perjalanan dari Auckland ke sini ambil masa 2 jam. Biasalah, ikut jalan kampung, sila ikut had laju, kadang-kadang 50 -90km/h.

Pengarah filem ni, dia pilih kawasan ni, sebab kawasan berbukit dan sesuai dengan apa yang digambarkan didalam buku The Hobbit tu, bayaran untuk masuk dalam ni ialah $75, seelok-eloknya, book lah online, senang sikit, kalau walk in, maybe tempat limited, but still available, just kena tunggu sikit.

Masa tunggu tu, boleh lah minum dekat cafe or beli souveniour. Harga biasalah, agak mahal untuk barang made in China, hehehe.Tour ke set pengambaran ini, ambil masa dalam 2 jam, akan ada guide bawa kesekeliling kawasan set pengambaran ni, dan akan explain satu persatu, boleh lah tanya pelbagai soalan kalau nak.

Kalau peminat buku ni, memang wajib datang, tapi saya tengok cerita TLOTR pon tak pernah, apa guide tu cakap pon tak paham, hahah. Tapi sesiapa penggemar, memang wajib datang!

Ada lagi satu set, dekat Wellington, tu interior punya, kalau dekat sini, semua exterior, boleh cek dekat website hobbit ni, siap ada harga.Masa tunggu saya punya tour tu, jumpa lah beberapa melayu, ada pakcik ni, duduk di Auckland lama dah, siap ada homestay, kalau ada Malaysian nak datang, better stay dekat sini, boleh contact dekat Mesra Homestay, harga berpatutan, dan as muslim, senang lagi duduk rumah muslim, kalau saya tahu awal, sure dah duduk sini, kot-kot dapat makan makanan malaysia ke, heheh





























3 comments:

norhidana miswan said...

cantiknye... umah hobbit yg kecik comel tu pun comei banget... dia punya padang yg hijau tu bt mata rasa sejuk n tenang je

Fairy Lilly said...

Fascinating view. Akak jealous nih..Hajat nak ke NZ tak kesampaian. Akak pun tak pernah tengok LOTR sebelum ni. Baru kelmarin je tengok episod yg King mati, luckily ada kanda jadi tukang cerita heheheh.

Jemari Ameera said...

mak aiiii...cantiknya tempat tu... ermmm saya cuma berpeluang pegi set pengambaran TLOTR: The two towers tu je... NZ memang cantik!!